Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia dihormati pemimpin dunia: PM

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Selepas 54 tahun ditubuhkan, Malaysia yang ada pada hari ini boleh disifatkan sebagai sebuah negara berjaya dan dihormati oleh pemimpin dunia.

Pada 54 tahun lalu, tiada siapa mengenali Malaysia kerana ketika itu negara ini hanya negara pertanian tetapi kini, negara ini adalah sebuah negara pengekspor­t kapital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Malaysia pada hari ini bukan negara yang meminta sedekah dan melutut sebaliknya, negara ini benar-benar menjadi sebuah negara yang berdaulat.

Katanya sambutan dan penghormat­an yang diberikan pemimpin dunia iaitu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semasa lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat baru-baru ini membuktika­n bahawa pemimpin dunia itu melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya.

“Atas sebab itu, apabila saya berjumpa dengan Trump, saya membeli apa yang dirasakan bernilai. Kita mahu membeli Boeing dari Amerika Syarikat, termasuk lapan Dreamliner.

“Namun isu ini dipusingka­n oleh pembangkan­g bahawa kita memberi keuntungan kepada Amerika Syarikat. Walhal hakikatnya, kita mahu Malaysia Airlines mempunyai pesawat yang canggih.

“Takkan kita hendak meneruskan penerbanga­n dengan pesawat yang sudah lama dan usang serta asyik mengalami kerosakan. Syarikat penerbanga­n lain menggunaka­n pesawat Dreamliner yang moden dan mempunyai sistem pengudaraa­n dalaman yang baik. Kini terdapat 400 pesawat Dreamliner sudah digunapaka­i dan 500 sudah ditempah syarikat penerbanga­n lain di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Malaysia 2017 di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, malam Sabtu.

N aji b berkata Malaysia harus berada di hadapan supaya negara ini mampu membawa lebih ramai pelancong datang ke Malaysia termasuk Sabah yang cukup berpotensi dan mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.

Oleh itu, beliau menasihatk­an rakyat di negeri ini supaya tidak mendengar apa yang diperkatak­an pembangkan­g dalam isu pembelian Boeing dan Dreamliner itu.

Menyentuh pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dipersoalk­an pembangkan­g, Najib menjelaska­n pelaburan KWSP di Amerika Syarikat itu bukan untuk politik sebaliknya ia adalah strategi yang dilakukan oleh Jawatankua­sa Pelaburan bagi memastikan saham KWSP terus kukuh.

Katanya dana KWSP berjumlah RM760 bilion itu kini dilaburkan di Amerika Syarikat dan 39 negara lain. Pengagihan pelaburan itu bagi memastikan KWSP terus mampu membayar dividen kepada pencarum.

 ??  ?? NAJIB semasa menyampaik­an ucapannya pada malam Sabtu lepas. Gambar Jabatan Penerangan
NAJIB semasa menyampaik­an ucapannya pada malam Sabtu lepas. Gambar Jabatan Penerangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia