Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan jambatan jadi bukti kerajaan tepati janji

Pembinaan jambatan Pekan Tuaran-Sungai Damit

- Oleh YAP SIONG HAN

TUARAN: Pembinaan jambatan Pekan TuaranSung­ai Damit, Jalan Pekan Tuaran, Tamparuli Tuaran adalah salah satu contoh kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menepati janji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, sebelum ini pihak pembangkan­g di kawasan berkenaan mendakwa pembinaan jambatan itu adalah sekadar janji kosong daripada kerajaan.

“Hari ini kita melakukan pecah tanah untuk pembinaan jambatan ini, dan ia adalah satu bukti bahawa kerajaan sentiasa menepati janji. “Pembangkan­g mengatakan ia janji kosong tetapi hari ini kita realisasik­an perkara ini,” katanya selepas merasmikan Projek Pembinaan Jambatan Pekan Tuaran-Sungai Damit, Jalan Pekan Tuaran, Tamparuli Tuaran, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, dalam sesi lawatannya pada 6 Februari lalu, beliau telah mengumumka­n bahawa Kerajaan Persekutua­n melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah memperuntu­kkan sejumlah RM18 juta untuk membina jambatan berkenaan yang dibina merentasi Sungai Tuaran.

Katanya, jambatan itu adalah di bahagian timur Pekan Tuaran, menyeberan­gi Sungai Tuaran dan menghubung­kan kampung lain di bahagian barat Tuaran.

“Ini akan memudahkan pergerakan dan perjalanan penduduk di sini dan tidak perlu lagi pusing jauh melalui jalan utama yang mengambil masa kadangkada­ng sehingga 30 minit hanya untuk sampai ke Pekan Tuaran.

“Jambatan ini juga akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 11 kampung di sini yang melibatkan sekurang kurangnya 7,000 penduduk ,” katanya.

Menurutnya, pembinaan jambatan itu akan dimulakan pada hujung tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Katanya, jambatan itu akan dibina sepanjang 104 meter dan dilengkapi dengan laluan pejalan kaki.

“Saya percaya pembinaan jambatan ini akan meningkatk­an lagi nilai tanah di kampungkam­pung berkaitan sekaligus membolehka­n penduduk menikmati ekonomi yang lebih baik.

“Pembinaan jambatan ini juga dilihat akan merangsang ekonomi Pekan Tuaran sebagai pusat ekonomi, perniagaan dan jalinan sosial setempat,” katanya.

Dalam pada itu, Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud menegaskan bahawa Kerajaan Persekutua­n bukan hanya dimiliki oleh orang Semenanjun­g sahaja, sebaliknya dengan enam wakil menteri ke peringkat persekutua­n dari Sabah dan enam lagi dari Sarawak menjadikan 12 wakil dari Borneo.

“Walaupun banyak persepsi di Sabah mengatakan ‘Sabah for Sabahan’, kita juga dapat merasai dan berkongsi keprihatin­an mereka untuk menjaga kepentinga­n Sabah, tapi saya ingin tegaskan di sini bahawa terdapat 12 wakil dari Borneo di peringkat persekutua­n.

“Saya boleh bagi jaminan bahawa Perdana Menteri kita akan terus mendengar apa sahaja pandangan kami seramai 12 menteri yang berasal dari Borneo.

“Terdapat juga beberapa keputusan daripada Kabinet yang kami bantah dan akhirnya Perdana Menteri sendiri menarik balik atau menangguhk­an keputusan itu,” katanya.

Katanya lagi, sekiranya terdapat isu yang ditimbulka­n melibatkan hak dan kepentinga­n Sabah, kesemua menteri berkaitan akan mengemukak­an pandangan tanpa ada rasa takut sebab Perdana Menteri akan mendengar segala pandangan daripada rakyat Sabah yang diwakili oleh enam menteri berkenaan.

“Saya memberikan jaminan tidak akan ada keputusan kerajaan yang melibatkan kepentinga­n Sabah yang tidak diulas atau bahas dengan telus oleh enam menteri dari sini.

“Oleh itu, jangan anggap Kerajaan Persekutua­n adalah kerajaan Semenanjun­g kerana Sabah dan Sarawak juga mempunyai suara yang besar bagi menentukan hala tuju pembanguna­n negara,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Ahli Parlimen Tuaran Merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

“Jambatan ini juga akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 11 kampung di sini yang melibatkan sekurang-kurangnya penduduk.” 7,000 DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? RAHMAN (kiri) menyempurn­akan acara pecah tanah sambil diperhatik­an oleh Madius (dua kiri) serta tetamu kehormat yang lain.
RAHMAN (kiri) menyempurn­akan acara pecah tanah sambil diperhatik­an oleh Madius (dua kiri) serta tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia