Zirconia Band
terapkan elemen tradisi Borneo dalam penghasilan muzik OLEH MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)
TAMPIL keunikan dalam susunan muzik adalah medium terbaik untuk menarik perhatian pendengar khususnya pencinta muzik.
Usaha mengukuhkan penglibatan Zirconia Band dalam industri dengan menerapkan elemen muzik Borneo bukan sekadar mempromosikan muzik mereka di peringkat tempatan tetapi melibatkan perancangan ke peringkat serantau dalam jangka masa panjang.
Meskipun memperjuangkan genre muzik rock kepada satu tahap yang baharu., Zirconia yang terdiri dari empat ahli - Chester Sindiol, Jennyfer Ivy, Roy Middleton dan Boniface Mail - warnai hasil seni mereka dengan garapan muzik irama tradisi Borneo.
Susunan muzik Band Zirconia dalam menampilkan alat muzik tradisi seperti sompoton, seruling dan kulingtangan dalam lagu membuatkan ketrampilan kugiran ini unik.
Di bawah naungan Borneo Music Technology (BMT) Studio, Zirconia telah hasilkan lebih 20 demo single dan Mini Ep album dalam Bahasa Melayu dan Inggeris serta instrumental.
Antaranya, Long Ghost Road, Prince Tonight, Atlantis, Are You Lost, Dance With Me, Come On Down, Time, Silence, Maya (Melayu), Sakura Indah (Melayu) dan Instrumental Drive, Arrival, Untitled, Isolation.
Zirconia yang ditubuhkan pada 2013 adalah gambaran kepada sejenis batu biasa (zircon) dan akan sampai pada satu tahap batu itu akan mengalami transformasi apabila dihias, diukir dan dicantikkan menjadi sesuatu yang luar biasa.
Chester yang merupakan nadi kepada band itu menganggap perjalanan dan usaha mereka dalam mewarnai industri mementingkan keaslian dalam penghasilan muzik.
Zirconia Band bermula pada awal 2009 dengan nama Hide, dengan menampilkan Chester sebagai pengasas dan gitaris bersama Heidi Nualin dan Khiarul Nizam.
Kemunculan Zirconia menggantikan Hide pada 2014 apabila Chester bersama Baba sebagai pemain drum, Roy sebagai pemain bass dan Jennyfer sebagai penyanyi.
Pada awal pembentukan, Uyink Rossa bersama Frida terlibat sebagai penyanyi. Manakala Jesse Quintin pernah membantu band ini dalam menyempurnakan lagu ‘Are You Lost’, serta beberapa ahli termasuk Moore Andrew, Bryan Mosses dan Joe sebagai pemain alat muzik tradisi Sabah pada ketika itu.
Zirconia telah menghasilkan Mini Album EP mereka yang pertama berjudul ‘Demo’ dan dalam proses untuk menghasilkan muzik video pertama mereka yang dijadualkan akan terbit pada awal januari 2018.
Band ini juga aktif dalam melakukan persembahan sekitar Borneo seperti KDCA Tamu Badi Open Mic 2017, Sabah Tattoo Convention, KDCA Holiday Fiesta 2016, Sac3 Open Day, Gigablast - Timbangan Vintage Bar, August Attack 2017, Gegar Keningau, International Tatoo convention Sarawak, Papar Rundown, Bundle Music Fest, October Disaster, Karamunsing Keningau Music Festival 2015, BMF Asia City, Rock the village Kg Bahang, Roadside Café, August Attack 2016 dan Rockustika, Kampung Rock Show.
Chester selaku peneraju dan komposer menjelaskan penghasilan lagu adalah cetusan daripada idea kehidupan seperti cinta, benci dan kegembiraan.
Band ini juga mengharapkan sokongan padu daripada peminat dan mengharapkan jemputan untuk persembahan agar penglibatan kugiran ini dalam industri hiburan jelas.
Untuk mengikuti perkembangan semasa Band Zirconia melalui Facebook, layari - zirconiaband dan Tumblr - zirconiaband. tumblr.com