Utusan Borneo (Sabah)

Imigresen ambil alih PTS

-

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen dijangka mengambil alih penyeliaan semua pusat tahanan sementara (PTS) di Sabah daripada Majlis Keselamata­n Negara (MKN), awal tahun depan, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Ia melibatkan empat PTS di Sabah iaitu PTS Menggatal, Papar, Sandakan dan Tawau.

Katanya, kerajaan pusat dan negeri telah membincang­kan perkara itu semasa Mesyuarat Lembaga Penasihat Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), yang dipengerus­ikan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, pada April lepas.

“Padamu laki ta menetapkan untuk mengambil alih penyeliaan PTS itu pada 1 Nov 2016. Namun ada beberapa perkara yang perlu kita bincangkan lagi terutamany­a dari segi peruntukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksika­n Majlis Melafazkan dan Menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Majlis Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Imigresen Sabah, di sini pada Khamis.

Mengenai operasi terhadap pendatang asing tanpa izin (PTI) di Sabah, Mustafar berkata pihaknya sentiasa melaksanak­an operasi bersepadu dan sejak Januari hingga Ogos tahun ini, Imigresen Sabah telah mengadakan 1,003 operasi di seluruh Sabah.

“Sepanjang operasi itu sebanyak 29,058 orang telah diperiksa dan daripada jumlah itu 3,277 telah ditahan. Sepanjang operasi itu kita juga telah menahan 68 majikan.

“Sepanjang tempoh itu, beberapa pendakwaan telah dibuat dan lebih RM5 juta kompaun telah dikutip daripada PTI dan majikan,” katanya. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia