Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan 18 pelajar dipercayai ponteng sekolah, melepak

Dipercayai ponteng sekolah dan melepak di beberapa pusat beli-belah

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PENAMPANG: Ibu bapa dinasihatk­an untuk memantau aktiviti seharian termasuk kegiatan sekolah anak-anak bagi mengelakka­n mereka melakukan budaya negatif seperti ponteng sekolah.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Rosley Hobden berkata peranan ibu bapa dalam mendidik anak amat penting bagi memastikan anak mereka terhindar daripada kegiatan kurang baik.

“Budaya ponteng sekolah adalah satu permulaan pelajar terbabit dalam aktiviti kurang berfaedah yang menjerumus­kan pelajar kepada kegiatan pengambila­n dadah, mencuri, membuli serta kumpulan geng.

“Pemantauan berterusan daripada ibu bapa dapat menjauhkan pelajar daripada gaya hidup yang negatif sehingga memusnahka­n masa depan anak-anak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menahan 18 pelajar yang ponteng sekolah dan melepak di beberapa pusat beli-belah utama di Putatan.

Katanya kesemua pelajar terbabit ditahan semasa Ops Bersepadu Pelajar Ponteng Sekolah Daerah Penampang 2017 yang dilaksanak­an untuk mencegah gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.

“Kesemua pelajar ditahan semasa melepak di tiga pusat beli-belah termasuk One Place Mall Putatan, Giant Putatan serta Standard Putatan pada waktu persekolah­an iaitu bermula jam 11 pagi sehingga 1.40 petang.

“Seramai 14 daripada pelajar yang melalui ujian air kencing bagaimanap­un tidak terbabit dalam penyalahgu­naan dadah,” katanya.

Tambahnya, operasi disertai beberapa pihak berkaitan termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Daerah Putatan, Rela dan 10 guru disiplin sekolah.

“ Pemantauan berterusan daripada ibu bapa dapat menjauhkan pelajar daripada gaya hidup yang negatif sehingga memusnahka­n masa depan anakanak mereka.

DEPUTI SUPERINTEN­DAN ROSLEY HOBDEN Ketua Polis Daerah Penampang

 ??  ?? ANTARA pelajar yang ditahan dalam Ops Bersepadu Pelajar Ponteng Sekolah Daerah Penampang 2017 di beberapa pusat beli-belah pada Rabu.
ANTARA pelajar yang ditahan dalam Ops Bersepadu Pelajar Ponteng Sekolah Daerah Penampang 2017 di beberapa pusat beli-belah pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia