Syarikat multinasional didenda RM60,000
Gagal pastikan keselamatan dua pekerja
KOTA KINABALU: Sebuah syarikat multinasional dikenakan denda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas dua kesalahan gagal memastikan keselamatan pekerja sehingga menyebabkan kematian. Hakim Ainul Shahrin Mohamad mengenakan hukuman itu terhadap syarikat dari Jepun terbabit selepas wakilnya mengaku bersalah.
Syarikat berkenaan sebagai majikan gagal memastikan keselamatan dua pekerjanya sehingga menyebabkan kematian Hermansyah dan Mohamad Azlan, 24, semasa kerja pemasangan Inlet Flange pada Medium Pressure Decomposer V34-01.
Kejadian itu berlaku pada 16 Ogos tahun lalu jam 9.30 pagi di kawasan tapak projek Provision of Basic and Detailed Engineering, Procurement Construction and Commissioning (BEPCC), Sabah Ammonia Urea (SAMUR) Project, Sipitang Oil & Gas Industrial Park, Megalong, Sipitang.
Dua pertuduhan itu, syarikat didakwa mengikut Seksyen 17 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 19 akta sama.
Hukuman yang diperuntukkan, denda tidak melebihi RM50,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, atau dengan kedua-duanya sekali.
Peguam P. J Per ira bertindak untuk syarikat terbabit.
Syarikat berkenaan sebagai majikan gagal memastikan keselamatan dua pekerjanya sehingga menyebabkan kematian Hermansyah dan Mohamad Azlan, 24, semasa kerja pemasangan Inlet Flange pada Medium Pressure Decomposer V-34-01.