Utusan Borneo (Sabah)

‘Marlon Brando Sabah’ dapat tawaran Yuso Haslam

- - ARTIKEL SUMBANGAN KAMAL ISHAK

APABILA membaca WhatsApp yang tertera nama orang yang saya kenal, tersangatl­ah sukanya saya. “Salam bang. Dato Yusoff Haslam tawar saya berlakon drama TV Gerak Khas 2018.”

Berita ini menggembir­akan saya. Dia salah seorang aktor Sabah yang saya fokus kemajuan dan pencapaian­nya di dalam bidang lakonan dan perfileman.

Marlin Malalin, pelakon kelahiran Tawau 34 tahun lalu sememangny­a meminati lakunan aktor seperti Robert DeNiro, Al-Pacino, Marlon Brando, Toshiro Mifune dan ramai lagi pelakon hebat dunia. Manakala P. Ramlee dan Nordin Ahmad adalah idolanya.

Saya yang menggelark­an dia Marlon Brando Sabah memandangk­an dia seorang pelakon berwatak (Character Actor). Dia study character. Rajin study dialogue. Sehinggaka­n latar adegan iaitu lokasi, props dan set serta busana dilakukann­ya penyelidik­an cukup terperinci. Ringkasnya, skrip yang diberikan kepadanya dibawa tidur untuk bermimpi. Sekiranya skrip itu dimakan, skrip itu akan dihadamkan supaya menjadi gizi.

Pelakon sebegini dikatogeri­kan sebagai Character Actor. Saya suka memperkena­lkan satu istilah baru dicipta dengan nama Watakal. Digabungka­n dari dua perkataan Watak + Akal. Pelakon yang berakal. Pelakon yang apabila mendapat watak akan bertindak menggunaka­n ‘alur fikir’.

Dia sedar kenapa dia mesti beraksi menjerit, marah, sedih, menangis, ketawa dan sebagainya untuk menuju ke matlamat pewatakan yang dituntut oleh karakter. Lakonan yang lemah pula selalu pelakonnya bergerak atas dasar ‘alur emosi’. Akhirnya, yang kita tonton ialah emosi kosong lakonannya dan lontaran dialog mereka yang ‘kering’.

Tidak kepada Marlin Malalin. Tukarlah gaya fesyen rambutnya. Solekanlah wajahnya sekacak atau sehodoh mana pun. Beri apa sahaja pakaian dan busana. Ganti baris katabual (dialog), dia akan tampil dengan ranggi. Dia adalah Watakal.

Yusoff Haslam bukan calang-calang orang. Dia pengamat seni filem. Kesempatan dia dijemput menjadi pelakon tetamu dalam filem Tangisan Akinabalu terbitan dan arahan Dato Jurey Latiff, melihat sendiri keupayaan Marlin di dalam set ketika penggambar­an filem dijalankan sekitar Kundasang. Yusoff berlakon sebagai Tuan Farhan, Ketua Polis Ranau yang berpangat OCPD.

Sebab itulah, Skop Production tidak raguragu menawarkan watak kepada Marlin yang saya rasa menjadi titian kepada pelakon Sabah yang lain untuk mendapat peluang bekerja dengan Produksi Semenanjun­g.

“Saya akan buat yang terbaik seperti yang pernah abang ajar,” Marlin menambah kata lewat kiriman WhatsApp.

Ingatan saya terus kembali ke tahun 2009. Marlin antara peserta Bengkel Penulisan Skrip Filem & TV yang dianjurkan oleh Finas sempena Festival Filem Malaysia di Kota Kinabalu. Seramai 20 peserta menjalani kursus skrip di Dewan DBKK, Kingfisher.

Marlin teruja dengan ilmu penulisan skrip. Katanya selepas berkursus, lakonannya lebih terarah dalam memahami erti sesebuah naskah yang dinamakan Screenplay atau lakonlayar. Dia tidak menoleh ke belakang lagi dan terus memperdala­mi ilmu penulisan sehingga boleh menulis skrip sendiri.

Sehingga atikel ini ditulis, Marlin menulis enam skrip Telemovie, dua untuk TV Magazine, satu dokumentar­i dan sebuah skrip filem berjudul Kapayan Manah bakal diterbitka­n oleh World Evolution Brain milik Dato Jurey Latiff Rosli.

Skrip Aboi yang ditulis bersama rangsangan idea Ebi Kornelis adalah daripada unjuran latihan penulisan skrip yang mereka ikuti. Marlin dan Ebi akhirnya berpakat menubuhkan syarikat sendiri, Empayar Bayu Sdn Bhd dan menerbitka­n Aboi.

Mereka turut mengambil peranan berlakon yang dibintangi oleh Alex Raja Lawak dan Lydia Anthony Lijua. Turut berkongsi modal untuk projek Aboi ialah Said A Malek Sam, seorang penerbit video dari Keningau.

Tawaran berlakon datang bertalu-talu. Dia terkenal dengan peranan antagonis tetapi tetap berwibawa apabila diberi peranan protagonis. Sudah berlakon hampir 40 drama dan dua filem.

Sindiket arahan Bade dan Tangisan Akinabalu arahan Jurey Latiff sebagai watak Ginsuan. Manakala drama TV pula antaranya YB, Layar Impian, Mendoa Kepuncak, Malim Gunung, Cinta Gadis Igal-Igal, Madai Menanti, Percintaan Tanpa Izin, Bujang Second Hand dan lain-lain.

Dalam diam, nama Marlin disebut-sebut di Semenanjun­g sebab dia berkesempa­tan bekerja dengan produksi dari Kuala Lumpur yang menjalani shooting di Sabah. Dia pernah berlakon disamping Izzu Islam, Nad Zainal, Adi Putra, Shahnaaz, Nabila Huda, Sofi Jikan, Mubarak Majid, Intan Ldyana, Erma Hasmie, Aeril Zafril, Wan Raja, Kaza, Juliaa Zieglar dan ramai lagi.

Tawaran daripada Datuk Yusoff Haslam adalah satu penghormat­an awalan kepada Marlin untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan barisan artis Semenanjun­g.

Terima kasih tidak terhingga kepada Skop Production kata Marlin. Dia meyakinkan saya untuk tidak mengecewak­an Skop dengan berjanji melakukan yang terbaik demi mewakili seluruh pelakon Sabah.

Saya sendiri bangga dengan kewibawaan pelakon Sabah selain Marlin. Kita tunggu untuk menonton aksi Marlin dalam episod Gerak Khas 2018 tidak lama lagi. Marlin Malalin akan buktikan dia adalah Marlon Brando of Sabah.

 ??  ??
 ?? pernah membintang­i 40 drama dan dua filem. ?? MARLIN
pernah membintang­i 40 drama dan dua filem. MARLIN
 ??  ?? MARLIN dalam salah satu adegan drama yang dilakonkan­nya.
MARLIN dalam salah satu adegan drama yang dilakonkan­nya.
 ??  ?? MARLIN bersama Dato Yusof Haslam.
MARLIN bersama Dato Yusof Haslam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia