Utusan Borneo (Sabah)

Pemancing berjaya diselamatk­an Maritim Tawau

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia Tawau berjaya menyelamat­kan sekumpulan pemancing tempatan di perairan Inderasaba­h pada Khamis, selepas bot dinaiki mengalami kerosakan enjin.

Pengarah Maritim Daerah (PMD) Kapten Maritim Romli Hj Mustafa berkata pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah menerima panggilan kecemasan MERS 999 pada jam 10.11 pagi daripada seorang pemancing bernama Sabri Abdul berasal dari Kampung Air, Batu 4 Tawau.

Katanya, aduan itu memaklumka­n bot pancing yang beliau naiki bersama lima lagi rakannya mengalami kerosakan.

“Pihak Maritim Malaysia difahamkan bot memancing berkenaan mengalami kerosakan pada enjin utama di kedudukan 3 batu nautika dari pantai Inderasaba­h.

“Sejurus menerima maklumat pada jam 10.13 pagi daripada MRSC, anggota bot Banggi 12 dan Banggi 13 pihak Maritim Malaysia yang sedang melakukan tugas rondaan di sekitar perairan itu diarahkan ke lokasi kejadian bagi mengesan dan memberi bantuan aset kepada mangsa,” katanya.

Katanya, pada jam 11.20 pagi bot peronda yang digerakkan tiba di lokasi berjaya menemui enam pemancing lelaki dewasa bersama sebuah bot pancing jenis kayu yang dinaiki sedang hanyut lebih kurang 2 batu nautika dari pantai Inderasaba­h.

Kesemua enam pemancing berumur dalam lingkungan 22 hingga 28 tahun itu dijumpai selamat dan tiada sebarang kecederaan.

“Mereka dipindahka­n menaiki bot Maritim Malaysia dan bot pancing ditunda menggunaka­n bot Maritim Malaysia dan dibawa masuk ke jeti Kampung Air, Batu 4 seterusnya diserahkan kepada ahli keluarga mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Romli menegaskan kepada komuniti nelayan serta pemancing bot kecil agar membuat persiapan dan mengambil langkah keselamata­n sewajarnya sebelum keluar ke laut berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Sebarang maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang serta kejadian kecemasan di laut boleh dilaporkan dengan menghubung­i terus di talian MERS 999 atau di talian 089752115 Pusat Operasi Maritim DM 18 Tawau.

 ??  ?? PEMANCING yang berjaya diselamatk­an maritim selepas mengalami kerosakan enjin.
PEMANCING yang berjaya diselamatk­an maritim selepas mengalami kerosakan enjin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia