Utusan Borneo (Sabah)

JPNS tunggu polis selesai siasatan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) menyerahka­n kepada polis untuk menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kes guru wanita yang dicederaka­n pelajar di Lahad Datu.

Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Maimunah Suhaibul berkata, sebarang tindakan yang dibuat oleh pihaknya akan diambil selepas siasatan polis selesai.

“Sebaik polis selesai menjalanka­n siasatan, jabatan akan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam kes ini.

“Setakat ini, guru berkenaan sudah membuat laporan polis dan pelajar terbabit juga kini dalam tahanan reman polis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Borneo di sini pada Khamis bagi mengulas kejadian guru wanita, 23, yang cedera hingga menerima 17 jahitan di kepala akibat dihentak batu oleh seorang pelajar lelaki, 13.

Maimunah berkata, pihaknya mahu siasatan polis berjalan lancar sehingga selesai dan barulah jabatan mengambil tindakan.

Dalam kejadian Rabu lepas, seorang guru wanita yang sedang solat di surau sebuah sekolah rendah di Lahad Datu dilaporkan cedera di kepala.

Suspek yang juga seorang pelajar sekolah menengah bertindak demikian ketika mahu mencuri duit guru berkenaan.

Terdahulu, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din dipetik berkata, keadaan guru terbabit kini stabil dan suspek direman mengikut Seksyen 393/324 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? MAIMUNAH
MAIMUNAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia