Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang motosikal parah

Dalam kemalangan dengan sebuah lori

- Oleh AMIR ANUAR motosikal dan lori yang terlibat dalam kemalangan terbabit terletak berhampira­n sebuah Stesen Minyak Shell.

TAWAU: Seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan parah selepas berlanggar dengan sebuah lori di Jalan Sin On, kira-kira jam 10 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus, ketika mengesahka­n berkata mangsa, lelaki berusia 23 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kemaluan selain patah tulang pinggul dan luka kaki kiri.

“Pemandu lori, 33,

ACP FADIL MARSUS Ketua Polis Daerah Tawau

tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, berhubung insiden itu yang berlaku berhampira­n Stesen Minyak Shell.

Beliau berkata kemalangan berlaku ketika lori dalam perjalanan dari Taman Anson menghala ke Stesen Minyak Shell di simpang lorong susur Jalan Sin On.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi itu, pemandu memandu lorinya keluar dari simpang terbabit dan cuba

“Bagaimanap­un, hasil siasatan awal menunjukka­n bahawa lori itu dilanggar oleh sebuah motosikal yang datang dari ” arah sebelah kiri di jalan lurus

menyeberan­g dua laluan jalan lurus menghala ke stesen minyak itu.

“Bagaimanap­un, hasil siasatan awal menunjukka­n bahawa lori itu dilanggar oleh sebuah motosikal yang datang dari arah sebelah kiri di jalan lurus,” katanya.

Beliau berkata siasatan polis berhubung kes berkenaan masih lagi diteruskan dan dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? LOKASI
LOKASI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia