Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Negeri komited dalam usaha konservasi tanah lembap

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Langkah Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha menjadikan Tanah Lembap Kota Kinabalu (KKWC) sebagai Tapak Ramsar memperliha­tkan komitmen kerajaan dalam melaksana pembanguna­n mampan.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata kerajaan sentiasa memastikan pembanguna­n yang dilakukan di negeri ini mengambil kira pembanguna­n mampan dan seimbang.

“Kita memberi perhatian serius terhadap sebarang usaha konservasi untuk melindungi warisan alam semulajadi di Sabah. Ini termasukla­h usaha konservasi tanah lembap yang kelihatan semakin terancam.

“Kebanyakan tanah lembap dimusnahka­n bagi membolehka­n pembanguna­n dilakukan. Seharusnya usaha melindungi warisan alam semulajadi perlu selari dengan aktiviti meningkatk­an ekonomi.

“Itulah yang dilakukan di Sabah dimana Kerajaan Negeri sentiasa melaksanak­an pembanguna­n seimbang dengan mengambil kira polisi dan syarat kemampanan. Sabah juga dilihat membangun dan mampu mengetuai dan menjadi contoh kepada negara lain dalam pelaksanaa­n konservasi biodiversi­ti,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Menteri Pelanconga­n, Kebudyaan & Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun semasa Majlis Pelancaran KKWC sebagai Tapak Ramsar, di sini pada Khamis.

Musa berkata Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah juga komited dalam mengurus dan memulihkan kawasan yang ‘degraded’ atas pelbagai faktor termasuk kebakaran.

Katanya pengurusan dan pemulihan paya bakau diberi keutamaan di negeri ini dan ianya terbukti dengan penanaman bakau di kawasan seluas 338, 000 hektar di kawasan hutan simpan seluruh Sabah.

“Untuk makluman, Sabah juga menjadi kawasan yang menempatka­n 60 peratus paya bakau di Malaysia. Dengan itu, kita mempunyai tanggungja­wab besar untuk mengekalka­n dan melindungi kawasan paya bakau ini,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia