Utusan Borneo (Sabah)

Dua remaja sindiket kutip derma berjaya diselamatk­an

-

BUKIT MERTAJAM: Dua remaja lelaki yang digunakan sindiket meminta derma dengan menjual madu dan jeruk diselamatk­an polis dalam Op Pintas di Bandar Perda, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dua remaja berusia 16 dan 17 tahun itu diselamatk­an pukul 1 tengah hari ketika sedang mengutip derma dan ekoran itu polis turut menahan dua lelaki berusia 23 dan 55 tahun yang dipercayai dalang sindiket terbabit.

“Berdasarka­n siasatan, dua suspek itu menyediaka­n tempat tinggal atau rumah transit yang kelihatan sangat daif sebagai tempat tinggal sementara untuk mangsa-mangsanya malah menyediaka­n pengangkut­an untuk mereka mengutip derma.

Mereka menggunaka­n remaja dan kanak-kanak terutama anak-anak yatim sebagai pengutip derma yang hasil kutipannya tidak diketahui disalurkan ke mana,” katanya di sini pada Khamis.

Beliau berkata sindiket itu juga turut dikesan kerap menukar nama syarikat bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa malah mereka menjalanka­n operasi di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Nik Ros Azhan berkata mangsa hanya diberikan wang saku untuk makan dan polis kini sedang mengesan beberapa lagi anggota sindiket itu yang dipercayai masih berada di Pulau Pinang dan negeri lain.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata polis menahan dua lelaki anggota geng curi kenderaan dalam dua serbuan di Bukit Mertajam dan di Kupang, Kedah di sini pada Rabu dan menemui semula sebuah kereta Proton Perdana yang dilapor hilang, rangka motosikal, pelbagai komponen motosikal serta pelbagai anak kunci kenderaan.-Bernama

 ??  ?? JALAN TERJEJAS: Injap paip bawah tanah yang pecah menyebabka­n satu kawasan di Jalan Tuaran mendap dan terjejas kira-kira dua meter lebar yang dipercayai bermula jam 4 pagi Rabu. Kejadian menyebabka­n sedikit gangguan air di kawasan berhampira­n termasuk...
JALAN TERJEJAS: Injap paip bawah tanah yang pecah menyebabka­n satu kawasan di Jalan Tuaran mendap dan terjejas kira-kira dua meter lebar yang dipercayai bermula jam 4 pagi Rabu. Kejadian menyebabka­n sedikit gangguan air di kawasan berhampira­n termasuk...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia