Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin PBS Liawan buat laporan polis terhadap seorang pemimpin masyarakat

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Sekumpulan pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Liawan telah membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin masyarakat yang mengeluark­an arahan dan disebarkan melalui aplikasi Whasapp melarang pemimpin masyarakat dan penjawat kerajaan menghadiri sidang media Ketua Pemuda PBS Pusat Datuk Jake Jikulin Nointin hari ini.

Ketua Pemuda PBS Liawan Stephen Kalaus bersama empat yang lain telah membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah pada Khamis, jam 11.40 pagi.

Stephen dalam laporannya berkata, pemimpin masyarakat terbabit yang berjawatan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) telah mengarahka­n ketua kampung, pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), WKAN dan mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan tidak menghadiri majlis perjumpaan yang diadakan di kediaman Jake di Kampung Bariawa Laut di sini pada hari ini, jam 2.30 petang.

“Arahan dan larangan ini beliau (pemimpin masyarakat berkenaan) telah sebarkan melalui Whatsapp kepada beberapa ketua kampung dan pengerusi JKKK untuk menghalang mereka daripada menghadiri sidang media itu.

“Kenyataan beliau ini jelas mempunyai niat yang tidak baik, berunusur fitnah dan menghasut untuk mengaibkan nama Jake,” katanya.

Stephen dalam laporannya juga memberitah­u bahawa beliau (pemimpin masyarakat terbabit) tidak berkelayak­an untuk mengeluark­an arahan itu tanpa melalui pihak atasan seperti pegawai daerah, wakil rakyat atau wakil parlimen.

Katanya, ia jelas pemimpin berkenaan telah menyalahgu­nakan kuasanya sebagai WKAN.

Menurutnya, laporan itu dibuat agar perkara itu akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan selanjutny­a.

Utusan Borneo difahamkan bahawa sidang media itu diadakan sebagai menentukan halatuju perjuangan politik Jake yang juga ketua PBS Bahagian Liawan.

 ??  ??
 ??  ?? STEPHEN (dua kiri) bersama beberapa pemimpin PBS lain membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau pada Khamis.
STEPHEN (dua kiri) bersama beberapa pemimpin PBS lain membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia