Utusan Borneo (Sabah)

Sebabkan kematian dua lelaki, pemandu van dipenjara dan denda

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang pemandu van yang didakwa cuai memandu sehingga menyebabka­n kematian dua pengguna jalan raya, dihukum penjara dua tahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, Khamis.

Majistret Muhammad Faizal Che Saad membuat keputusan itu terhadap Ridzuan Mohammad, 30, dan turut mengarahka­nnya dipenjara enam bulan tambahan, jika gagal membayar dendanya.

Pertuduhan kes menunjukka­n tertuduh didakwa melakukan kesalahann­ya pada 7 Oktober 2014 kira-kira jam 10 malam di Jalan Quoin Hill KM18 semasa memandu sebuah van.

Tertuduh didakwa cuai semasa memandu dan berbahaya kepada orang awam serta menyebabka­n kematian Chung Yun Peng, 19, dan Matheus Corfomolen Hoda Soge, 16.

Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, yang memperuntu­kkan hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun dan denda tidak kurang RM5,000 hingga RM20,000.

Siasatan polis mendapati sebelum kemalangan berlaku, kenderaan yang dipandu tertuduh dalam perjalanan dari Bandar Tawau menuju ke Qouin Hill dengan enam penumpang.

Mereka dikatakan dalam perjalanan ke Kundasang dan semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa datang dari arah bertentang­an secara tiba-tiba.

Akibatnya, Chung yang menunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pembonceng (Matheus) meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa ASP Nur Intan Jamrin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia