Utusan Borneo (Sabah)

Guna MyKad palsu, wanita warga asing dipenjara 24 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing yang menggunaka­n MyKad palsu dikenakan penjara 24 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Aida Hamzah, 34, selepas mengaku bersalah.

Tertuduh menggunaka­n MyKad palsu atas namanya bernombor 790109-12-5898, pada 13 September jam 5.50 petang di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini.

Dalam mahkamah berasingan, Majistret Cindy Mc Juce Balitus juga mengenakan hukuman penjara 20 bulan terhadap seorang wanita warga asing selepas mengaku bersalah atas kesalahan sama.

Noor Ain Abdullah, 25, mengaku bersalah menggunaka­n MyKad palsu atas namanya bernombor 920823-126104, pada hari dan di tempat yang sama.

Aida dan Noor Ain disabitkan mengikut Seksyen 25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990, memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda antara RM3,000 hingga RM20,000, atau dengan kedua-duanya sekali.

Ketika rayuan, mereka yang tidak diwakili peguam memohon hukuman dikurangka­n dan segera dihantar pulang ke negara asal.

Selesai menjalani tempoh penjara berkenaan, mahkamah memerintah­kan mereka dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Kedua-duapendakw­aan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit dan Insp Albert Basirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia