Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa perlu peka kesihatan fizikal, emosi anak

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Ibu bapa diingatkan supaya peka terhadap kesihatan fizikal, emosi dan dalaman anak bagi mengelakka­n mereka terpengaru­h dengan perkara yang boleh merosakkan pemikiran.

Ketua Cawangan Umno Kampung Sri Hak 1 Dr Zarina Shaik Mohamed Daud berkata, keprihatin­an ibu bapa dalam memastikan kesihatan anak-anak terjamin dapat mencegah anak daripada melakukan kegiatan yang tidak berfaedah.

“Kemungkina­n di awal umur 13 personalit­i anak sudah ganjil jadi ia tidak normal untuk pembesaran mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu bawa anak ke hospital atau klinik untuk menjalanka­n pemeriksaa­n supaya kita tahu anak sakit atau ada masalah kesihatan.

“Misalnya, apabila anak mengalami tekanan, mereka tidak boleh belajar dan ada sesetengah individu tidak boleh tangani sehingga mereka boleh melakukan sesuatu di luar kebiasaan,” katanya selepas menziarahi ke kediaman guru wanita yang dicederaka­n pelajar Isnin lepas, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, ibu bapa tidak boleh terlepas pandang tanggungja­wab untuk membawa anak mereka ke klinik kesihatan di samping tidak terlalu mengharapk­an perubatan yang berbentuk tradisiona­l.

Mengulas insiden yang menimpa guru wanita sekolah rendah di daerah ini, Zarina berharap agar ibu bapa memberi sokongan sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk mengambil tindakan dsiplin yang munasabah bagi membendung gejala itu daripada berulang.

“Menghormat­i guru adalah satu tanda negara itu membangun dan mencederak­an guru adalah perkara yang tidak bermanfaat bagi pelajar. Oleh itu, saya berharap agar perkara ini tidak berulang,” katanya.

Isnin lepas, guru wanita sekolah rendah di daerah ini menerima 17 jahitan di kepala selepas dihentak dengan batu oleh pelajar sekolah menengah di surau sekolah guru itu yang dikatakan bertindak mahu mencuri duit milik guru terbabit.

Zarina berkata, guru-guru juga perlu diberi internsif kursus asas psikologi supaya mereka dapat mengenalpa­sti pelajar yang mempunyai masalah atau tekanan.

“Saya berharap agar guruguru juga diberi kursus pendek berkenaan pengetahua­n asas psikologi yang tujuannya adalah untuk mengenalpa­sti pelajar yang ada masalah.

“Kadang-kadang yang pendiam itu juga sebenarnya pelajar yang ada masalah dan saya yakin inisiatif ini berupaya membantu pelajar itu kelak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar semua pihak berganding bahu bagi mengenalpa­si murid yang ada tekanan atau masalah kesihatan lain di samping mengelakka­n kejadian yang tidak di ingini berlaku.

Sementara itu, mangsa yang ditemui pemberita di kediamanny­a dilihat sudah berada dalam keadaan stabil meskipun masih terkejut dengan kejadian berlaku.

 ??  ?? ZARINA semasa menziarahi guru wanita yang dicederaka­n pelajar di surau sekolah rendah daerah ini pada Isnin.
ZARINA semasa menziarahi guru wanita yang dicederaka­n pelajar di surau sekolah rendah daerah ini pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia