KKWS tapak Ramsar dalam bandar
Tanah Lembap Klias dicadang sebagai Tapak Ramsar
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan melihat kepada keperluan mencadangkan Tanah Lembap Klias sebagai Tapak Ramsar seterusnya selepas pengiktirafan Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu (KKWC) sebagai Tapak Ramsar kedua di Sabah.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata selepas KKWC diiktiraf sebagai Tapak Ramsar dalam bandar yang pertama di dunia bagi hutan bakau, kerajaan melalui Pertubuhan Pemuliharaan Tanah Lembap Sabah (SWCS) akan melihat kepada cadangan untuk menjadikan Tanah Lembap Klias sebagai Tapak Ramsar.
Katanya perkara itu akan dibincangkan dengan Jabatan Perhutanan Negeri untuk mempertimbangkan cadangan menjadikan tanah lembap itu sebagai Tapak Ramsar ketiga di Sabah.
Menurutnya pengisytiharan sesuatu kawasan sebagai Tapak Ramsar tidak akan menjejaskan kawasan berkenaan sebaliknya ia memberi nilai tambah kepada tanah di kawasan terlibat. Sekiranya pembangunan dilakukan di kawasan berhampiran, pemaju perlu memenuhi panduan yang
DARI kiri ke kanan: Zainal Adlin, Zainie dan Masidi semasa melancarkan KKWC sebagai Tapak Ramsar di KKWC.
ditetapkan.
Masidi berkata memandangkan terdapat banyak tanah lembap di Sabah maka, keperluan mendidik masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan tanah lembap perlu dilakukan bagi memastikan usaha konservasi dapat dilakukan demi kemampanan tanah lembab itu.
Mengenai pengiktirafan KKWC itu, beliau melihat pengiktirafan itu melambangkan komitmen Kerajaan Negeri untuk menyeimbangkan pembangunan dengan usaha konservasi.
“Keputusan Kerajaan Negeri untuk meneruskan usaha konservasi ini amat tepat kerana pembinaan bangunan pencakar langit perlu diimbangi dengan konservasi. Pengiktirafan ini adalah cerminan kepada rekod konservasi Kerajaan Negeri yang berterusan,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Tanah Lembap Kota Kinabalu (KKWC) sebagai Tapak Ramsar, di sini pada Khamis.
Selain KKWC, tanah lembap dalam bandar yang turut mendapat pengiktirafan Tapak Ramsar adalah di Tokyo, Jepun namun, ia bukan hutan bakau seperti di KKWC.
KKWC yang berkeluasan 60 ekar terletak dalam radius 10km dari kawasan bandar. Ia menjadi tapak yang menempatkan 30 spesies bakau termasuk spesies pokok terancam iaitu spesies bakau ‘Berus Mata Buaya’ yang kini mempunyai 200 spesies sahaja di seluruh dunia.
KKWC turut menjadi rumah bagi 92 spesis burung termasuk burung yang berhijrah.
Terdahulu dalam ucapannya, Masidi berkata usaha konservasi kerajaan itu diperlihatkan melalui usaha Kerajaan Negeri menambah kawasan hutan simpan dilindungi sepenuhnya kepada 30 peratus menjelang tahun 2025.
Walaupun Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN)
“Keputusan Kerajaan Negeri untuk meneruskan usaha konservasi ini amat tepat kerana pembinaan bangunan pencakar langit perlu diimbangi dengan konservasi. Pengiktirafan ini adalah cerminan kepada rekod konservasi Kerajaan Negeri yang ” berterusan. DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
menetapkan sesebuah negara perlu mempunyai 17 peratus kawasan hutan simpan dilindungi sepenuhnya namun, Sabah melangkaui keperluan ditetapkan.
“Kini, kita berada pada 25-26 peratus dan saya yakin kita mampu mencapai sasaran untuk mewartakan 30 peratus hutan dilindungi sepenuhnya sebelum tahun 2025,” katanya.
Beliau berkata biarpun tindakan menambah hutan simpan itu satu tuntutan politik yang tidak popular dan tidak dilakukan oleh kebanyakan negara di dunia namun, Kerajaan Negeri mengambil cabaran itu demi kepentingan generasi akan datang.
Beliau juga menyarankan rakyat di negeri ini untuk terus menyumbang kepada usaha konservasi bagi memastikan perubahan iklim tidak memberikan kesan yang teruk kepada negeri ini sekiranya berlaku bencana alam.
KKWC adalah tapak kedua di Sabah dan ketujuh di Malaysia yang diiktiraf sebagai Tapak Ramsar selepas Tanah Lembab Hilir K ina batangan Sega m a, Sabah; Tasik Bera, Pahang; Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Sungai Pulai di Johor; serta Tanah Lembab Taman Negara Kuching, Sarawak.
Turut hadir di majlis itu adalah Presiden SWCS Datuk Zainie Abdul Aucasa dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah TamanTaman Sabah Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Mahamood.