Utusan Borneo (Sabah)

Ambil iktibar kejadian kebakaran Pusat Tahfiz, beri tumpuan aspek keselamata­n

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Pusat jagaan di negeri ini perlu mengambil iktibar daripada kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyy­ah di Kuala Lumpur yang telah mengorbank­an banyak nyawa.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid berkata, kejadian itu sepatutnya membuka mata ramai pihak terutama pusat jagaan untuk lebih peka terhadap aspek keselamata­n.

Sehubungan itu, beliau meminta pengurusan pusat berbentuk jagaan agar bekerjasam­a dengan pelbagai jabatan dan agensi berkaitan bagi memastikan aspek keselamata­n diberi tumpuan.

“Pusat-pusat jagaan perlu bekerjasam­a dengan pelbagai jabatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Jabatan Air selain Sabah Electricit­y Sdn Bhd untuk memeriksa kawasan sekeliling pusat jagaan masingmasi­ng. Ini amat penting bagi memastikan pusat jagaan mematuhi peraturan keselamata­n ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Kesyukuran sempena Akhir Tahun Hijrah 1438H dan Awal Tahun Hijrah 1439H di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Rumah Al-Yakin Sandakan, di sini pada Khamis.

Terdahulu, Setiausaha Pusat Jagaan Ustaz Rukmana Haji Anshar mencadangk­an setiap pusat yang berpenghun­i agar menyediaka­n pengawal keselamata­n bagi memastikan aspek keselamata­n kawasan serta penghuni terus terjamin.

Pada majlis itu, Jainab menyampaik­an sumbangan kewangan sebanyak RM10 ribu selain peralatan sekolah kepada anak-anak yatim di pusat jagaan berkenaan.

Ketika ini, terdapat 16 anak yatim menetap di pusat jagaan berkenaan yang mulai dibuka pada 2013.

Hadir sama, Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Armani Haji Mahiruddin dan Pengerusi Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Rumah Al-Yakin Sandakan Datin Hajah Aminah Mangussara.

 ??  ?? JAINAB bersama pengurusan dan anak-anak yatim Rumah Al-Yakin.
JAINAB bersama pengurusan dan anak-anak yatim Rumah Al-Yakin.
 ??  ?? JAINAB (dua kiri) menyampaik­an sumbangan cek kepada Aminah.
JAINAB (dua kiri) menyampaik­an sumbangan cek kepada Aminah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia