Utusan Borneo (Sabah)

Ingat pesanan arwah ibu

Jangan meminta nanti dihina kerana miskin, yatim

-

SANDAKAN: Diam dan mengelak lensa kamera, anak sulung daripada 11 beradik yatim, Siti Aloyah Serudin, 27, kelihatan seakan menyembuny­ikan sesuatu.

Namun setelah dipujuk Biro Agama Yayasan Nur Jauhar (YNJ), Zaloha Ahmad, akhirnya Siti Aloyah mula bercerita dengan nada perlahan.

“Arwah mama sudah pesan jangan meminta-minta walaupun susah, nanti orang pandang hina dengan kita.

“Saya sedih kalau orang mengata adik-adik saya, kerana kami sangat miskin dan yatim,” katanya dengan mata yang bergenang.

Dia telah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata, tetapi masih memikul tanggungja­wab menjaga

NORLIDAH memangku salah seorang adik kepada Siti Aloyah.

lapan adik seibu sebapa dan dua adik seibu.

“Sejak bapa meninggal dunia, saya tinggal dengan mama bersama lapan adikberadi­k dan hidup ibarat kais pagi makan pagi.

“Kesempitan hidup membuatkan arwah mama sudi mengahwini warganegar­a Indonesia dan dikurniaka­n dua anak dengan harapan dapat menumpang teduh.

“Namun, perkahwina­n itu tidak kekal dan bapa baharu kami telah meninggalk­an kami dan balik ke Indonesia. Jadi, kehidupan kami kembali seperti asal.

“Pada Mac tahun ini, mama pula telah meninggalk­an kami SITI ALOYAH SERUDIN, 27 buat selama-lamanya dan kini katanya. kami sudah tiada sesiapa lagi, Siti Aloyah bersyukur hidup pun hanya menumpang dan merakam penghargaa­n di rumah dan tanah orang,” kepada isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Hajah Norlidah RM Jasni yang bertandang ke rumahnya dan memberi kata-kata semangat, pada Khamis.

Norlidah yang juga penasihat YNJ menyampaik­an sumbangan berupa barang keperluan dapur, wang tunai dan makanan ringan di Kg Karamuntin­g Baru, 7 kilometer dari bandar.

“Arwah mama sudah pesan jangan meminta-minta walaupun susah, nanti orang pandang hina dengan kita ”

 ??  ?? NORLIDAH (empat dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama adik-beradik Siti Aloyah (lima dari kanan) dan ahli jawatankua­sa YNJ.
NORLIDAH (empat dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama adik-beradik Siti Aloyah (lima dari kanan) dan ahli jawatankua­sa YNJ.
 ??  ?? ADIK-beradik Siti Aloyah bersalam dengan Norlidah tanda berterima kasih.
ADIK-beradik Siti Aloyah bersalam dengan Norlidah tanda berterima kasih.
 ??  ?? SITI Aloyah menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Norlidah (empat dari kanan).
SITI Aloyah menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Norlidah (empat dari kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia