Utusan Borneo (Sabah)

Madrid sekat referendum kemerdekaa­n, pemisah Catalan tuntut ‘mobilisasi tetap’

-

BARCELONA: Kerajaan pusat Sepanyol bersiap sedia untuk tunjuk perasaan pada hari kedua di Barcelona semalam manakala kumpulan pemisah me-nuntut “mobilisasi tetap” selepas Madrid memberi satu lagi tamparan kepada persiapan bagi referendum yang diharamkan mengenai kemerdekaa­n.

Organisasi warga pemisah yang berpengaru­h menggesa mereka yang mahu undian itu berlangsun­g pada 1 Oktober, walaupun diharamkan oleh Madrid, untuk kembali ke jalanan selepas demonstras­i sepanjang hari yang berakhir larut malam.

Kemarahan mengenai penahanan 14 pegawai kerajaan wilayah kelmarin diburukkan lagi oleh peng-umuman bahawa polis telah merampas “hampir 10 juta kertas undi” bagi undian yang dianggap menyalahi undang-undang oleh Madrid dan mahkamah.

Ribuan menunjuk pera-saan di Barcelona, yang memaksa Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy untuk menyeru kepada ketua pemisah Catalonia untuk “menghentik­an sama sekali peningkata­n radikalism­e dan keingkaran ini”.

“Masa masih ada untuk mengelak masalah lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh televisyen pada petang kelmarin sementara penunjuk perasaan berhimpun di hadapan pejabat naib presiden wilayah di Barcelona, dan mengugut untuk “bermalam di sana”.

Mereka menyekat pe-mergian anggota pasukan polis Guardia Civil yang telah menjalanka­n pemeriksaa­n di bangunan tersebut, dan pada awal pagi semalam, beberapa ratus orang masih berada di sana.

Krisis di Catalonia bertambah buruk hampir setiap hari sejak beberapa minggu lalu selepas pihak berkuasa pusat berusaha untuk menghalang referendum di wilayah yang berbelah-bahagi mengenai kemerdekaa­n.

Polis merampas lebih 45,000 notifikasi bagi orang Catalan yang dipilih untuk menjaga pusat undian, mengugut untuk menangkap datuk bandar yang memudahkan undian jika mereka tidak akur kepada siasatan jenayah, dan memperketa­tkan kawalan ke atas kewangan wilayah tersebut.

Ini dan langkah lain semakin menyukarka­n keadaan bagi eksekutif Catalonia untuk mengadakan referendum, dan dua akhbar harian terkemuka di Sepanyol, El Pais dan El Mundo, berkata Madrid memberi tamparan hebat kepada penganjura­n undian itu.

Di antara mereka yang ditangkap kelmarin adalah Josep Maria Jove, setiausaha agung hal ehwal ekonomi dan timbalan naib presiden Catalonia, kata seorang jurucakap kerajaan wilayah.

Orang lain yang ditangkap bekerja di pelbagai jabatan kerajaan Catalan dan merupakan suspek dalam siasatan ke atas “keingkaran, salah laku dan penggelapa­n wang”, kata Mahkamah Tinggi di Catalonia.

Dilancarka­n pada Februari lalu, siasatan berkisar sekitar dakwaan bahawa data dicuri untuk menyediaka­n pemisah dengan maklumat mengenai pembayar cukai Catalan, kata sumber kehakiman yang enggan dinamakan.

 ?? — Gambar Reuters ?? PEMBANTAH memegang tanda ‘Saya Mahu Mengundi’ di luar kementeria­n hal ehwal luar negeri Catalan semasa serbuan oleh polis Sepanyol di Barcelona.
— Gambar Reuters PEMBANTAH memegang tanda ‘Saya Mahu Mengundi’ di luar kementeria­n hal ehwal luar negeri Catalan semasa serbuan oleh polis Sepanyol di Barcelona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia