Utusan Borneo (Sabah)

Taufan Maria ‘hentam’ Puerto Rico

Putus bekalan elektrik, ribuan penduduk lari ke pusat perlindung­an

-

SAN JUAN: Taufan Maria membadai Puerto Rico kelmarin dan memutus bekalan elektrik di seluruh pulau itu, dengan membawa ribut kencang dan hujan lebat yang menyebabka­n ribuan penduduk lari ke pusat perlindung­an.

Maria melanda pantai tenggara Puerto Rico pada waktu subuh sebelum ia merentasi wilayah Amerika Syarikat itu yang mempunyai 3.4 juta penduduk.

Taufan itu dipersalah­kan bagi 10 kematian di rantau Caribbean, termasuk seorang lelaki di Bayamon, utara Puerto Rico, yang meninggal dunia selepas terkena papan yang dia gunakan untuk me-nutup tingkap, kata jurucakap kerajaan Yennifer Alvarez kepada AFP.

Walaupun taufan itu sudah bergerak keluar ke laut, pihak berkuasa pada awal Khamis mengisytih­arkan amaran banjir kilat bagi seluruh Puerto Rico.

“Jika boleh, pindah ke kawasan lebih tinggi SEKARANG!” kata stesen Jabatan Cuaca Negara di San Juan dalam satu tweet, dan menyifatka­n banjir yang berlaku sebagai “malapetaka”.

Gabenor Puerto Rico, Ricardo Rossello, menganggap Maria sebagai “taufan paling dahsyat dalam tempoh seabad”.

“Kami mengalami banyak kejadian banjir, banyak infrastruk­tur rosak, sebahagian sistem telekomuni­kasi tidak berfungsi, infrastruk­tur tenaga tidak berfungsi sama sekali,” katanya kepada CNN.

Rossello menambah pihak berkuasa tidak ada banyak maklumat dari tenggara pulau, yang “terputus sama sekali” setelah dibadai secara langsung oleh Maria ketika ia tiba di daratan.

Puluhan ribu orang duduk dalam pusat perlindung­an di ibu kota San Juan sebelum taufan melanda. Datuk Bandar Carmen Yulin Cruz menangis ketika beliau bercakap mengenai kemus-nahan yang beliau telah saksikan.

“Banyak bahagian di San Juan ditenggela­mi air sepenuhnya,” kata Yulin Cruz kepada pemberita di salah sebuah pusat perlindung­an, bumbungnya bergoyang ketika beliau bercakap.

“Kehidupan kita seperti yang kita ketahui sudah berubah.”

Maria tiba di daratan sebagai taufan Kategori Empat dalam skala lima mata Saffir-Simpson, pada mulanya membawa ribut selaju 240 kilometer sejam sebelum ia reda sedikit ketika ia bergerak ke San Juan.

“Bunyi ribut seperti seorang wanita yang menjerit sekuat hati!” tulis Mike Theiss dalam Twitter, yang berlindung dalam bilik kebal di tengah-tengah taufan.

Ramai daripada penduduk Puerto Rico yang paling terdedah mencari perlindung­an di 500 pusat perlindung­an yang disediakan di sekitar pulau itu.

Rossello mengenakan perintah berkurung dari jam 6 petang hingga 6 pagi sehingga Sabtu ini dan memberi amaran tentang banjir dan tanah runtuh.

“Saya menggesa kepada rakyat Puerto Rico untuk memberikan komitmen kepada keamanan, persefaham­an, dan penilaian yang baik pada waktu yang sukar ini bagi pulau kita,” katanya.

Menjelang senja, laporan diterima mengenai penjara-han dan pihak berkuasa berkata 10 orang sudah ditangkap.

Virgin Islands AS dan Britain – yang masih belum pulih daripada kemusnahan Taufan Irma – juga dalam keadaan berjagajag­a, selain Turks dan Caicos Islands dan beberapa bahagian Republik Dominica.

Pada petang Rabu, taufan berkenaan berada kira-kira 120 kilometer ke timur Punta Cana di Republik Dominica dan sudah diturun taraf kepada taufan Kategori Dua, menurut Pusat Taufan Negara.

Maria sudah melanda beberapa pulau Caribbean, mengorbank­an sekurang-kurangnya tujuh orang di Dominica. Di wilayah Perancis, Guadeloupe, seorang individu maut ditimpa pokok yang tumbang ketika Maria melanda, manakala seorang lagi mati di tepi laut.

Sekurang-kurangnya dua orang hilang selepas bot mereka karam di perairan wilayah Perancis itu, manakala 40 peratus seisi rumah tidak ada bekalan elektrik.

“Maria melanda pantai tenggara Puerto Rico pada waktu subuh sebelum ia merentasi wilayah Amerika Syarikat itu yang mempunyai 3.4 juta penduduk. Taufan itu dipersalah­kan bagi 10 kematian di rantau Caribbean, termasuk seorang lelaki di Bayamon, utara Puerto Rico, yang meninggal dunia selepas terkena papan yang dia

” gunakan untuk menutup tingkap.

YENNIFER ALVAREZ

Jurucakap kerajaan

 ?? — Gambar Reuters ?? TIANG elektrik tumbang selepas Taufan Maria membadai Puerto Rico.
— Gambar Reuters TIANG elektrik tumbang selepas Taufan Maria membadai Puerto Rico.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia