Utusan Borneo (Sabah)

Ceramah gangguan seksual perlu kerap diadakan

-

KUCHING: Ceramah gangguan seksual perlu kerap diadakan di sekolah sama ada di peringkat rendah mahupun menengah bagi mendedahka­n pengetahua­n serta kesedaran mengenai jenayah itu.

Pengarah Penerangan Sarawak Abang Sardon Abang Hashim berkata ia amat penting diketahui oleh para pelajar termasuk guru, memandangk­an trend jenayah itu yang semakin menular dan berleluasa.

“Dengan adanya pendedahan mengenai jenayah seksual, ia diharap dapat mencegah perkara sumbang seperti ini daripada terus merebak dalam masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Merdeka@Komuniti Sekolah Angkat anjuran Jabatan Penerangan Sarawak di Sekolah Kebangsaan (SK) Lumba Kuda di sini, pada Rabu.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Kuching Kamariah Said dan Guru Besar SK Lumba Kuda John Selvaraj Perumal.

Selain itu, Abang Sardon berkata hubungan antara pelajar dengan orang awam juga perlu dijaga dan dipantau oleh guru dan ibu bapa bagi mengelak anakanak terpengaru­h dengan perlakuan jenayah.

Jelas beliau, misalnya insiden pusat tahfiz yang menggempar­kan negara baru-baru ini adalah satu pengajaran bahawa jenayah sekarang bukan sahaja boleh dilakukan oleh orang dewasa tetapi juga mampu dilakukan oleh remaja.

Justeru, katanya adalah mencabar untuk guru sekarang mamastikan setiap pelajar adalah selamat lebih-lebih lagi apabila mereka keluar dari persekitar­an sekolah, di mana mereka terdedah kepada ancaman rakan-rakan di luar.

“Itulah cabaran guru untuk dapat mendidik dan membina sahsiah pelajar supaya kebal terhadap ancaman dan godaan dari luar khususnya dalam era teknologi maklumat dan telefon pintar yang amat bahaya,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Sardon turut mengingatk­an khususnya pelajar perempuan agar tidak selalu berkongsi foto selfie di laman-laman sosial terutama Facebook demi menjaga keselamata­n diri.

“Mempamerka­n gambar di Facebook yang akan dilihat oleh semua orang di seluruh dunia merupakan satu risiko, yang boleh membawa kepada penyeludup­an manusia, penculikan kanak-kanak dan sebagainya di mana orang sanggup berbelanja berjuta ringgit hanya untuk mendapat bekalan kanakkanak,” katanya.

Sementara itu, beliau menambah Jabatan Penerangan yang diamanahka­n untuk menjaga penularan maklumat dalam media sosial juga telah memainkan peranan dalam berkongsi maklumat menerusi Facebook mengenai orang hilang, kes penculikan atau sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia