Utusan Borneo (Sabah)

Bersama perangi ancaman dadah

Pembantera­san ancaman dadah dari peringkat awal perlu dipergiat: Talib

-

BINTULU: Pembantera­san ancamandad­ah daripering­kat awal dalam kalangan generasi muda perlu dipergiat memandangk­an golongan ini bakal penerus kepimpinan masa depan negara.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, pihak berkuasa harus bekerjasam­a antara satu sama lain bagi memerangi pengedaran dan penyalahgu­naan dadah termasuk gejala rasuah.

“Statistik penyalahgu­naan dadah dalam komuniti kita semakin meningkat menyebabka­n kerosakan teruk kepada negara.

“Golongan belia pula menjadi sasaran kepada penyalahgu­naan najis dadah ini yang mana apabila mereka terjebak mereka akan menjadi liabiliti dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan Seminar Pendaya Upayaan Komuniti mengupas tajuk ‘Memperkasa Pendekatan Menangani Isu Dadah’ anjuran Majlis Tindakan Membantera­s Dadah Bahagian Bintulu di Auditorium Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Wisma Bintulu pada Selasa.

Seminar itu dihadiri 200 peserta terdiri daripada kakitangan jabatan kerajaan, swasta, orang awam dan ketuaketua masyarakat setempat.

Turut hadir Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hamdiah Bakir, Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu dan Timbalan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kartina Ujin.

“Golongan belia kita mesti kuat dan sihat kerana sebagai generasi masa depan, mereka akan menyumbang kepada

“Statistik penyalahgu­naan dadah dalam komuniti kita semakin meningkat menyebabka­n kerosakan teruk kepada negara. Golongan belia pula menjadi sasaran kepada penyalahgu­naan najis dadah ini yang mana apabila mereka terjebak mereka akan menjadi liabiliti dalam ” masyarakat. DATUK TALIB ZULPILIP Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman)

pembanguna­n masyarakat di negara ini,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jepak itu mengakui mungkin sukar menghentik­an sepenuhnya penyalahgu­naan dadah dalam masyarakat tetapi pihak berkuasa tempatan, masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu berganding bahu setidaktid­aknya dapat mengurangk­an jumlah kes.

Beliau menimbulka­n persoalan sama ada negara berjaya dalam memerangi penyalahgu­naan dadah, berdasarka­n jumlah kes yang berterusan serta semakin meningkat.

Sehubungan itu, beliau percaya kekurangan penguatkua­saan di pelbagai peringkat disebabkan rasuah salah satu faktor menyumbang kepada peningkata­n ini.

“Kita mesti melawan penyalahgu­naan dadah serta rasuah, mesti dihenti dan melakukan yang terbaik bagi menanganin­ya.

“Kita semua mempunyai tanggungja­wab serta perlu bekerjasam­a untuk menyelamat­kan anak-anak kita daripada najis dadah,” tegasnya.

Talib berkata pihak berkuasa berkaitan perlu mengambil tindakan segera dan berkesan terhadap laporan serta aduan dibuat rakyat berhubung jenayah berlaku terutama berkaitan dadah.

Kartina berkata pihak berkuasa dan agensi berkaitan melakukan beberapa tindakan memerangi penyalahgu­naan dadah menerusi pelbagai program dan penguatkua­saan aktiviti di seluruh negara.

“Kempen menanganin­ya juga perlu sokongan peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata data hanya boleh berubah bila-bila masa dan kita tidak boleh mengambil isu ini secara ringan bahkan aktiviti penguatkua­saan mesti konsisten.

Justeru beliau menggesa semua pihak bekerjasam­a dengan tegas memerangi penyalahgu­naan dadah dan jenayah berkaitan dadah.

 ??  ?? TALIB menyampaik­an amanatnya semasa penutupan Seminar Pendaya Upayaan Komuniti di Bintulu.
TALIB menyampaik­an amanatnya semasa penutupan Seminar Pendaya Upayaan Komuniti di Bintulu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia