Utusan Borneo (Sabah)

Guru direman tujuh hari bantu siasatan kes rogol

-

KUCHING: Seorang guru ditahan reman selama tujuh hari bermula pada Rabu untuk membantu siasatan kes rogol seorang gadis di dalam sebuah kereta di satu kawasan terpencil di Siburan, dekat sini.

Difahamkan, suspek berusia 51 tahun itu ditangkap anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan selepas ibu kepada mangsa berusia 14 tahun itu membuat laporan sebaik sahaja dimaklumka­n mengenai insiden tersebut, Isnin lepas.

Serbuan sekitar jam 7 malam di rumah suspek di Kampung Tebakang Malayu, Serian itu turut menyita sebuah kereta milik mangsa untuk ujian forensik.

“Ibu mangsa membuat laporan polis mendakwa cikgu terbabit mengambil kesempatan terhadap anaknya dan turut melakukan hubungan seks sebanyak dua kali di dalam kereta di kawasan terpencil di Siburan.

“Perkara tersebut dimaklumka­n oleh seorang guru di sekolah tempat mangsa bersekolah kepada si ibu yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Siburan,” kata Ketua JSJ Sarawak Datuk Dev Kumar yang mengesahka­n mengenai insiden tersebut, semalam.

Tambahnya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan sebagai kes rogol.

Selain itu, mangsa juga telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaa­n.

Suspek yang merupakan guru di sebuah sekolah rendah dikatakan mengenali mangsa sejak beberapa tahun lepas dan juga kenalan rapat keluarga mangsa.

Siasatan lanjut pihak polis berhubung kejadian masih dijalankan.

 ??  ?? SUSPEK dibawa keluar dari Mahkamah Kuching untuk direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut.
SUSPEK dibawa keluar dari Mahkamah Kuching untuk direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia