Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan pindaan Akta 550 disambut baik pengurusan tahfiz

-

KULAI: Cadangan pindaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang membolehka­n pendaftara­n institusi pendidikan Islam swasta termasuk sekolah tahfiz tertakluk di bawah akta itu, disambut baik warga pengurusan tahfiz.

Pengetua Madrasah Tahfiz Al-Quran Sidi Ibrahim ArRashid Mohd Muzlim Salleh berkata sebarang pindaan yang membawa kebaikan disokong sepenuhnya oleh pihak madrasah.

“Bila pindaan itu membawa kepada kebaikan dan penyelesai­an, maka ia adalah satu kebaikan dan kita akan menyokong. Tetapi kalau pindaan itu lebih kepada untuk menutup madrasah tahfiz, itu adalah sesuatu yang sangat mendukacit­akan kerana itu bukanlah satu penyelesai­an… tetapi melarikan diri daripada masalah.

“Untuk selesaikan masalah, boleh pinda sesuatu akta dengan memberikan penyelesai­an alternatif yang terbaik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di madrasah berkenaan pada sesi taklimat kebakaran anjuran Unit Keselamata­n Kebakaran Hospital Pakar KPJ Johor kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Jawatankua­sa Peringkat Tertinggi Pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah Tahfiz yang bermesyuar­at di Putrajaya dua hari lepas mengenai pindaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) bagimembol­ehkanpenta­dbiran institusi pendidikan Islam swasta termasuk sekolah tahfiz tertakluk kepada akta berkenaan.

Mohd Muzlim menambah sebarang pindaan juga mungkin boleh mempertimb­angkan untuk memasukkan bantuan atau peruntukan berbentuk geran atau subsidi kepada madrasah tahfiz swasta yang telah berdaftar selain turut memberi khidmat nasihat supaya mereka seiring dengan perkembang­an pendidikan semasa.

Dalam taklimat selama 45 minit itu, 111 pelajar dan kakitangan madrasah itu diterangka­n antara lain mengenai jenis kebakaran, cara penggunaan alat pemadam api dan cara menyelamat­kan diri sekiranya berlaku kebakaran.

Mereka juga diajar cara menggunaka­n pemadam api dengan betul dalam sesi demonstras­i memadam api selepas itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia