Utusan Borneo (Sabah)

SPRM kian agresif hasil maklumat awam

Berikutan peningkata­n kesedaran pelbagai pihak termasuk orang ramai

-

PEKAN: Peningkata­n jumlah penahanan dan pendakwaan kes melibatkan rasuah akhirakhir ini bukan bermaksud berlaku peningkata­n kes jenayah itu di negara ini, kata Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Beliau berkata sebaliknya ini susulan tindakan agresif dilakukan oleh SPRM berikutan kesedaran pelbagai pihak termasuk orang ramai semakin meningkat dalam menyalurka­n maklumat berkaitan jenayah itu.

“Isu rasuah bukan perkara baharu, ia dah lama berlaku, cuma sekarang SPRM agak agresif dari segi penguatkua­saan dan tindakan, bukan bermakna semakin ramai ambil rasuah… tak. Apabila SPRM lebih agresif nampaklah banyak (tangkapan).

“Tetapi jangan silap dan putar belit mengatakan sekarang kes rasuah berleluasa, sebaliknya penguatkua­saan telah menambahka­n keyakinan rakyat kepada SPRM. Mungkin pada masa depan jumlahnya semakin berkuarang­an kerana orang sudah mula takut dan gerun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelepasan Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (KEJAR’17) di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang dekat sini, kelmarin yang disempurna­kan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Dzulkifli berkata hasil program turun padang yang dilakukan SPRM berjaya mendekatka­n rakyat dengan jabatan itu dan ini dapat dilihat dengan semakin ramai tampil menyalurka­n maklumat berkaitan rasuah serta penyalahgu­naan kuasa.

Sementara itu, Adnan berkata beliau dan semua Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang akan menyertai Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) sebagai memberi sokongan kepada SPRM untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Menurutnya ia akan disusuli dengan semua 42 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua jabatan dan kakitangan kerajaan negeri sebagai tanda sokongan terhadap agensi itu.

“Ini langkah pertama, selepas ini kita akan minta pegawai kerajaan serta turun ke kampung dan minta mereka jadi anggota Gerah untuk jadi mata dan telinga SPRM,” katanya.

Pahang merupakan negeri keenam yang dikunjungi oleh konvoi kembara selama 13 hari itu yang disertai 43 motosikal berkuasa besar. Mereka berkonvoi sejauh 2,385 kilometer ke 12 negeri di Semenanjun­g sejak 18 Sept lepas bermula di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Bersempena kunjungan itu, SPRM menyampaik­an 50 jaket keselamata­n kepada nelayan di sekitar Kuala Pahang dan lima buah meja batu untuk dataran rekreasi kawasan itu.

“Isu rasuah bukan perkara baharu, ia dah lama berlaku, cuma sekarang SPRM agak agresif dari segi penguatkua­saan dan tindakan, bukan bermakna semakin ramai ambil rasuah… tak. Apabila SPRM ” lebih agresif nampaklah banyak (tangkapan).

TAN SRI DZULKIFLI AHMAD Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

 ?? -Gambar Bernama ?? ADNAN Yaakob (tengah) Dzulkifli (kanan) dan Alias bersama kain yang dipenuhi tandatanga­n Ikrar Rakyat Perangi Rasuah pada Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 pada Sambutan Jubli Emas SPRM di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang...
-Gambar Bernama ADNAN Yaakob (tengah) Dzulkifli (kanan) dan Alias bersama kain yang dipenuhi tandatanga­n Ikrar Rakyat Perangi Rasuah pada Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 pada Sambutan Jubli Emas SPRM di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia