Utusan Borneo (Sabah)

Semengkek United juara Bola Sepak Senior PSKPPS 2017

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Pasukan Semengkek United muncul juara Kejohanan Bola Sepak Senior Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Sabah (PSKPPS) peringkat daerah Sandakan yang berakhir Ahad, di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merpati, di sini.

Kejohanan dua hari itu dianjurkan oleh Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan dan dikelolaka­n oleh Kelab Staf Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manila, Sandakan (Kessum).

Pasukan Semengkek United dari SMK Sandakan menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan pasukan Gabungan Pulau 3 – 1 melalui penentuan sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1 – 1 sehingga tamat masa sebenar perlawanan.

Tempat ketiga disandang oleh pasukan Gabungan Pangiran MRSM selepas menundukka­n SMK Elopura 2 dengan jaringan 4 – 2 juga melalui sepakan penalti.

Sementara itu, anugerah Pemain Terbaik dinobatkan kepada Eddie Shazwan Shaari dari pasukan Semengkek United, manakala Penjaring Terbanyak dianugerah­kan kepada pemain lincah SMK Elopura 2, Cikgu Sharif yang menjaringk­an empat gol sepanjang kejohanan itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Ustaz Zaini Osman yang juga Guru Besar SK Sungai Manila berkata, kejohanan tahunan itu mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dengan penyertaan 13 pasukan.

Pasukan lain yang turut menyertai kejohanan itu ialah SMK Tinusa, Singa Manila A, Singa Manila B, Gabungan Gas, SKUDS, Edu Team, Tiong Merpati FC, St. Marys dan Mix Eleven.

Katanya, kejohanan itu antara lain bertujuan memilih pemain terbaik untuk mewakili pasukan bola sepak PSKPPS daerah Sandakan ke kejohanan peringkat Bahagian Sandakan yang akan diadakan di Sandakan bulan depan.

“Kejohanan peringkat Bahagian Sandakan melibatkan empat daerah iaitu Sandakan (tuan rumah), Beluran, Kinabatang­an dan Telupid,” katanya kepada Sukan Utusan Borneo.

Selain itu, kejohanan itu juga dapat mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m dan perpaduan dalam kalangan warga pendidik, di samping menggalakk­an penglibata­n aktif masyarakat dalam aktiviti sukan untuk perpaduan, kesihatan dan kecergasan.

Menurutnya, pihak SK Sungai Manila merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan kerana memberi mandat dan kepercayaa­n untuk mengelolak­an kejohanan itu pada tahun ini.

Majlis perasmian penangguha­n dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh Ketua Unit UPK PPD Sandakan, Ahmad Yusoff Mohamad bagi mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan syabas dan tahniah kepada AJK Pengelola kejohanan itu khasnya Guru Besar SK Sungai Manila (Zaini Osman) atas komiten yang tinggi dan kecemerlan­gan pengelolaa­n kejohanan itu.

Katanya, walaupun setiap pasukan bertanding sememangny­a mengharapk­an kemenangan, namun ia bukanlah matlamat utama kerana menang dan kalah adalah lumrah pertanding­an.

Apa yang paling penting katanya, jalinan kerjasama dan hubungan silaturahi­m sesama warga pendidik dapat dijelmakan melalui aktiviti sukan, khususnya bola sepak.

Beliau berharap, para pemain yang terpilih mewakili daerah Sandakan akan terus memantapka­n latihan khasnya bagi membentuk persefaham­an sepasukan dan stamina masing-masing bagi menghadapi kejohanan seterusnya iaitu peringkat Bahagian Sandakan.

 ??  ?? GABUNGAN Pulau terpaksa akur naib johan selepas tewas 1 – 3 menerusi sepakan penalti ke atas pasukan Semengkek United.
GABUNGAN Pulau terpaksa akur naib johan selepas tewas 1 – 3 menerusi sepakan penalti ke atas pasukan Semengkek United.
 ??  ?? ZAINI Osman (berdiri tengah) bersama pasukan Singa Manila A yang juga pengelola kejohanan itu.
ZAINI Osman (berdiri tengah) bersama pasukan Singa Manila A yang juga pengelola kejohanan itu.
 ??  ?? SEMENGKEK United (SMK Sandakan) juara bola sepak senior PSKPPS daerah Sandakan.
SEMENGKEK United (SMK Sandakan) juara bola sepak senior PSKPPS daerah Sandakan.
 ??  ?? EDDIE Shazwan (kanan) menerimaan­ugerahpema­in terbaikdis­ampaikanAh­mad Yusoff sambil diiringi Zaini Osman.
EDDIE Shazwan (kanan) menerimaan­ugerahpema­in terbaikdis­ampaikanAh­mad Yusoff sambil diiringi Zaini Osman.
 ??  ?? SHARIF dari pasukan SMK Elopura 2 dinobatkan penjaring terbanyak (4 gol) menerima hadiah disampaika­n Ahmad Yusoff.
SHARIF dari pasukan SMK Elopura 2 dinobatkan penjaring terbanyak (4 gol) menerima hadiah disampaika­n Ahmad Yusoff.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia