Utusan Borneo (Sabah)

Muhammad Ziyad pertahan emas

Sukan Para ASEAN (APG) KL2017

-

KUALA LUMPUR: Juara dunia, Muhammad Ziyad Zolkefli mempamerka­n persembaha­n memukau untuk mengekalka­n pingat emas buat kali keempat berturut-turut dalam acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajar­an) pada Sukan Para ASEAN (APG) KL2017 di sini pada Khamis.

Sokongan padu yang diberikan sebahagian besar penonton tempatan di Stadium Nasional Bukit Jalil nyata membakar semangat pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 yang melakukan lontaran sejauh 16.81m bagi memperbaha­rui rekod kejohanan miliknya iaitu 15.69m yang dicatat pada edisi 2014 di Myanmar.

Rakan sepasukann­ya, Mohamad Aliff Mohamad Awi meraih pingat perak dengan lontaran 12.79m manakala atlet Thailand, Sanepoot Boonkong merangkul gangsa dengan catatan 11.99m.

Catatan 16.81m itu bagaimanap­un masih jauh daripada rekod dunia, 17.29m yang dilakar Muhammad Ziyad pada Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankua Paralimpik s a Antarabang­sa (IPC) di London, Julai lepas.

Muhammad Ziyad, yang memenangi acara itu sejak APG edisi 2011 di Indonesia, nyata terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh penonton kerana hanya menyasarka­n untuk memberikan persembaha­n yang terbaik di laman sendiri.

“Saya sudah katakan sebelum ini bahawa saya mahu beri yang terbaik kepada keluarga, jurulatih (Mohd Faizol Harun) dan juga penonton yang hadir dan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan kepada saya selama ini.

“Saya berpuas hati dengan catatan 16.81m kerana saya hanya sasar dapat buat 15-16 meter disebab- kan saya sudah keluarkan se- mua ilmu yang ada ketika beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan lepas, di mana saya mencatat 17.12m untuk meraih pingat gangsa,” jelas anak jati Gombak itu.

Dalam pada itu, Muhammad Ziyad mendedahka­n beliau akan meneruskan latihan intensif di bawah pengawasan jurulatihn­ya bermula November ini bagi merealisas­ikan hasratnya be- raksi buat julung kalinya pada Sukan Asia 2018 di Indonesia.

“Saya akan melihat jadual kejohanan kelayakan ke Sukan Asia 2018 dan saya akan cuba beri yang terbaik pada setiap kejohanan selepas ini untuk mencerahka­n peluang saya layak ke Indonesia,” katanya.

 ?? - Gambar BERNAMA ?? MUHAMMAD Ziyad meraikan kemenangan selepas berjaya mencatat rekod baharu ASEAN dalam acara lontar peluru kelas F20 Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis.
- Gambar BERNAMA MUHAMMAD Ziyad meraikan kemenangan selepas berjaya mencatat rekod baharu ASEAN dalam acara lontar peluru kelas F20 Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis.
 ?? - Gambar BERNAMA ?? MUHAMMAD Ziyad meraikan kejayaanny­a selepas memenangi pingat emas pada acara lontar peluru lelaki kelas F20 dengan memecah rekod Asia 16.81 Meter.
- Gambar BERNAMA MUHAMMAD Ziyad meraikan kejayaanny­a selepas memenangi pingat emas pada acara lontar peluru lelaki kelas F20 dengan memecah rekod Asia 16.81 Meter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia