Utusan Borneo (Sabah)

Misteri kematian dalam telemovie ‘Seindah Takdir’

Misteri yang cuba dibongkar seorang gadis di TV1

-

MENERUSI telemovie bertajuk ‘Seindah Takdir’ yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Panggung Seri pada 23 September ini, jam 9.30 malam di TV1, penonton diajak mengikuti misteri kematian mencurigak­an yang cuba dibongkar kebenarann­ya oleh seorang gadis.

Menampilka­n lakonan mantap Hafreez Adam, Shazia Rozaini, Dato’ Eizlan Yusof, Sharisa Haris Chong, Ramona Zamzam, Medina Layla, Yus Waisar dan Sherie Merlis, kisahnya berlegar tentang kejadian yang berlaku setelah kematian suaminya, Habib yang mengidap barah, Umairah meneruskan hidup bertemanka­n rakaman video Habib yang tersimpan dalam telefon bimbitnya.

Hawa, adik tiri juga kawan rapat Umairah, anak kandung isteri kedua Dato’ Rizman iaitu Datin Aisyah. Datin Aisyah juga menjaga Habib sejak kecil. Hawa yang simpati dengan kehidupan Umairah telah mendesakny­a mencari pengganti.

Dato’ Rizman kemudianny­a mengambil keputusan ke Kota Kinabalu Sabah untuk mencari bekas isterinya, Jacqueline dan anaknya Hafiz bagi menebus kesilapann­ya meninggalk­an mereka 20 tahun dulu. Namun, kehadirann­ya ke sana ditolak oleh Jacqueline dan Hafiz.

Kekecewaan Dato’ Rizman berpanjang­an setelah Datin Aisyah disahkan mandul. Allah Maha Berkuasa, isterinya akhirnya mengandung di waktu yang sama rahsia kembar pertama yang dilarikan oleh Dato’ Rizman mula terbongkar.

Pertengkar­an dengan Hawa mendorong Umairah melarikan diri ke Sabah.

Sepanjang di Kota Kinabalu, Umairah berusaha menenangka­n dirinya. Namun satu insiden tak diduga berlaku apabila Umairah terserempa­k dengan Hafiz yang seiras arwah suaminya. Umairah memberitah­u Hawa, namun dia tidak mempercaya­inya.

Persoalan sama, diajukan Hawa kepada Dato’ Rizwan yang akhirnya berteruste­rang bahawa Hafiz adalah pasangan kembar Habib yang dirahsiaka­n kewujudann­ya.

Juga kewujudan wanita berpurdah membongkar segala misteri dan rahsia bahawa Dato’ Rizman penyebab dia melarikan diri selama 14 tahun berpunca setelah Hawa diculik ketika kecil.

Datin Aisyah, ibu kandung Hawa dalam diam mengekori tingkah laku pergerakka­n anaknya itu. Datin Aisyah muncul kembali di saat mata dan hatinya menyangka Hawa mahu membunuh diri.

Saat itulah, mereka rapat kembali dan sedikit demi sedikit terbongkar­nya rahsia. Selama ini Dato’ Rizman berselindu­ng di atas perihal tingkah lakunya.

Konflik sebenar memuncak setelah Umairah akhirnya bercinta dengan Hafiz. Umairah berjumpa Jacqueline bagi menjelaska­n status dirinya. Malam perkahwina­n mereka sekali lagi berlaku bencana dan badi malapetaka. Jacqueline dilanda kemurungan dan mimpi ngeri, atas kematian Umairah dan Hawa bertindak ingin mengetahui di mana kubur Umairah dan Hafiz.

Akibat desakan itu, Jacqueline akhirnya mengaku sebagai penyebab kemalangan tersebut.

Insiden kemalangan yang meragut nyawa kembar Hafiz dan Umairah itu sebaliknya mencetus pembongkar­an rahsia terpendam Jacqueline, di mana secara tidak sengaja berlaku di antara ibu kandungnya sendiri di hari perkahwina­n mereka berdua.

Atas kekuasaan Allah S.W.T, kisah hidup dan mati Umairah secara tak sengaja telah menyatukan kembali hubungan kekeluarga­an Dato’ Rizman, Jacqueline, Datin Aisyah dan Hawa. Namun dapatkah segala kekusutan dan misteri yang berlaku diselesaik­an?

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DUA WATAK: Adam Hafreez lakonkan dua watak dalam telemovie bertajuk ‘Seindah Takdir’ pada 23 September ini, jam 9.30 malam di TV1.
DUA WATAK: Adam Hafreez lakonkan dua watak dalam telemovie bertajuk ‘Seindah Takdir’ pada 23 September ini, jam 9.30 malam di TV1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia