Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk semangat kekitaan

Murid Tabika Tanjung Aru meriahkan Program Moh Ngeteh Merdeka@KKLW

-

LABUAN: Tabika Kemas dan Taska Permata Kemas Tanjung Aru WP Labuan turut tidak ketinggala­n mengadakan sambutan program Moh Ngeteh Merdeka @KKLW yang diadakan serentak di seluruh negara.

Moh Ngeteh Merdeka @KKLW program kemuncak sambutan Bulan Kemerdekaa­n 2017 ke-60 bagi semua agensi di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Program Moh Ngeteh Merdeka @KKLW diadakan bersempena sambutan Hari Kemerdekaa­n ke-60 dan Hari Malaysia untuk memupuk semangat kesepaduan, kesefahama­n dan kekitaan bertepatan tema sambutan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’.

Antara aktiviti yang dijalankan­padaharibe­rkenaan yang bermula jam 10 pagi ialah nyanyian lagu patriotik, perarakan mini murid Tabika dan Taska Permata, acara memotong kek merdeka dan penyampaia­n hadiah aktiviti merdeka untuk-murid Tabika dan Taska Permata.

Acara perarakan mini merdeka diketuai oleh Naib Pengerusi Tabika Kemas Romi Bani.

Perarakan murid-murid Tabika dan Taska Permata lebih kurang sejauh 100 meter dengan kibaran Jalur Gemilang dan laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! diiringi oleh guru-guru dan ibu bapa yang sama-sama hadir untuk memeriahka­n program itu.

Guru Tabika Sulai Hakim menyatakan dalam ucapannya program itu adalah untuk menanam semangat kemerdekaa­n dalam kalangan murid dari kecil lagi.

Aniza Dahlan guru Taska Permata merakamkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir memeriahka­n program itu serta sokongan padu ibu bapa terhadap aktiviti di tabika dan taska permata.

Romi dan AJK Tertinggi Taska Permata melahirkan rasa bangga dan tahniah kepada Tabika dan Taska Kemas Tanjung Aru WP Labuan kerana telah berjaya melaksanak­an program kemerdekaa­n itu setiap tahun.

“Kami selaku ibu bapa kanak-kanak sentiasa akan menyokong program ini,” katanya.

Dalam perarakan mini, seramai 21 murid Tabika Kemas berumur 5-6 tahun terlibat dengan gurunya Sulai Hakim dan Pembantu Pengurusan Murid Sunnah Ibrahim.

Manakala di Taska Permata Kemas seramai 18 murid berumur 2-4 tahun menyertai perarakan mini itu, dengan diiringi tiga guru iaitu Aniza Dahlan, Siti Aloyah Powiji, Juliana Matjin serta dibantu oleh tiga pembantu iaitu Mimi Fedraradia Abdul Rajan, Nur Atikah Ismail dan Raimah Yakob.

Tabika dan Taska Permata Kemas Tanjung Aru menyambut program kemerdekaa­n itu pada setiap tahun dalam usaha berterusan memupuk rasa cinta dan sayang kepada negara.

Program itu berakhir jam 12 tengahari dengan acara minum dan hidangan kuih muih untuk murid-murid, guru-guru dan pembantu serta ibu bapa murid-murid Tabika dan Taska Permata.

“Perarakan murid-murid Tabika dan Taska Permata lebih kurang sejauh 100 meter dengan kibaran Jalur Gemilang dan laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! diiringi oleh guru-guru dan ibu bapa yang sama-sama hadir” untuk memeriahka­n program itu.

 ??  ?? IBU BAPA dan murid-murid bersedia untuk perarakan merdeka.
IBU BAPA dan murid-murid bersedia untuk perarakan merdeka.
 ??  ?? PERARAKAN bendera murid taska dan tabika diketuai oleh Romi.
PERARAKAN bendera murid taska dan tabika diketuai oleh Romi.
 ??  ?? MURID-MURID Taska Permata membuat Jalur Gemilang dengan kolaj dan cop jari.
MURID-MURID Taska Permata membuat Jalur Gemilang dengan kolaj dan cop jari.
 ??  ?? ACARA memotong kek oleh guru tabika, Cikgu Sulai Hakim dan guru Taska Permata, Cikgu Anizah Dahlan bersama-sama murid Tabika dan Taska Permata.
ACARA memotong kek oleh guru tabika, Cikgu Sulai Hakim dan guru Taska Permata, Cikgu Anizah Dahlan bersama-sama murid Tabika dan Taska Permata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia