Utusan Borneo (Sabah)

Diploma untuk pengerusi JKKK mulai tahun depan

-

IPOH:Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) berpeluang untuk meningkatk­an tahap profesiona­lisme mereka dengan mengikuti kursus peringkat diploma yang akan ditawarkan mulai tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) sedia menawarkan Diploma Pentadbira­n Luar Bandar kepada para pengerusi JKKK.

Bagaimanap­un, Ismail Sabri berkata kursus peringkat diploma itu adalah terbuka dan ia merupakan pilihan kepada mana-mana pengerusi JKKK yang berminat,

“Ia pilihan dan bukannya wajib seperti Sijil Tadbir Urus Desa yang mesti diikuti oleh setiap pengerusi JKKK sekarang dan perbincang­an lanjut dengan UCAM sedang dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup program Sijil Tadbir Urus Desa JKKK, JKKK Persekutua­n dan JKKK Orang Asli Zon Utara yang disempurna­kan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di sini, pada Khamis.

Pada majlis itu 1,200 peserta dari Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang menamatkan kursus intensif selama tiga hari bermula 19 Sept lepas.

Program Sijil Tadbir Urus Desa memberi penekanan kepada lima modul utama iaitu pentadbira­n desa, pengurusan kewangan, keusahawan­an, pemantauan projek serta tanggungja­wab sebagai penolong pendaftar pemilih.

Menjelas lanjut, Ismail Sabri berkata penawaran kursus peringkat diploma itu selari dengan peranan serta tanggungja­wab para Pengerusi JKKK ketika ini yang semakin banyak dan pelbagai. Sementara itu, Zambry berkata dalam konteks Perak, pihaknya berhasrat untuk menggunaka­n konsep JKKK bagi kampung-kampung India yang diwujudkan di negeri ini.

“Kita mahu menggunaka­n kaedah sama untuk mengukuhka­n dan melibatkan sebanyak tujuh kampung-kampung India yang ada di Perak dan diharapkan kementeria­n dapat membantu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia