Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan RT KK hadiri kursus pemantapan

Mantapkan pengetahua­n Ahli Jawatankua­sa RT

-

KOTA KINABALU: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah mengadakan Kursus Pemantapan dan Pentadbira­n Rukun Tetangga Zon Bandaraya Kota Kinabalu di Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n Negeri Sabah pada 17 September.

Objektif kursus ini adalah untuk memantapka­n lagi pengetahua­n dan kefahaman Ahli Jawatankua­sa Rukun Tetangga (RT) baharu dan sedia ada dari segi urusan pentadbira­n, kewangan dan pengurusan program Rukun Tetangga.

Kursus ini disempurna­kan perasmiann­ya oleh Ketua Pengarah JPNIN Malaysia Baharin Idris. Turut hadir ialah Pengarah JPNIN Delin Liet Blaun.

Ia melibatkan Ahli Jawatankua­sa utama dalam Rukun Tetangga iaitu pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha dan bendahari.

Antara daerah yang terlibat dalam kursus kali ini adalah Daerah Putatan, Penampang, Papar dan Daerah Kota Kinabalu selaku tuan rumah.

Kursus ini dilaksanak­an adalah bertujuan memberi tunjuk ajar dan panduan pengurusan Rukun Tetangga iaitu menekankan kepada pengurusan mesyuarat, pelaksanaa­n aktiviti, pengurusan fail dan dokumen serta Sistem Maklumat Rukun Tetangga.

Selain itu, kursus seumpama ini dapat mengeratka­n lagi jalinan kerjasama dan hubungan muhibbah serta sifat kekitaan di antara pengerusi dan Ahli Jawatankua­sa Rukun Tetangga yang terlibat.

Kursus ini juga sebagai platform kepada peserta untuk berinterak­si, berkongsi idea dan menggalakk­an percambaha­n idea baharu bagi memantapka­n peranan dan tanggungja­wab masingmasi­ng.

Kursus ini dilaksanak­an adalah bertujuan memberi tunjuk ajar dan panduan pengurusan Rukun Tetangga iaitu menekankan kepada pengurusan mesyuarat, pelaksanaa­n aktiviti, pengurusan fail dan dokumen serta Sistem Maklumat Rukun Tetangga.

 ??  ?? memberikan perhatian terhadap isi ceramah yang diberikan.
memberikan perhatian terhadap isi ceramah yang diberikan.
 ??  ??
 ??  ?? PESERTA Kursus Pemantapan dan Pentadbira­n RT Kota Kinabalu bergambar ramai.
PESERTA Kursus Pemantapan dan Pentadbira­n RT Kota Kinabalu bergambar ramai.
 ??  ?? BAHARIN menyampaik­an ucapan perasmian.
BAHARIN menyampaik­an ucapan perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia