Utusan Borneo (Sabah)

Skuad Uniti LD adakan penyerahan sumbangan kerusi roda dan beras

-

LAHAD DATU: Pasukan Skuad Uniti Daerah Lahad Datu mengadakan Program Kebajikan Sosial Skuad Uniti dengan mengadakan acara penyerahan sumbangan kerusi roda dan beras kepada golongan yang memerlukan di daerah itu.

Majlis itu diadakan di KRT Kampung Sapagaya Hilir Lahad Datu pada Isnin dan dirasmikan Pegawai Perpaduan Daerah Lahad Datu Jammaluddi­n Abdul Rahman.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi KRT Kampung Sapagaya Hilir Samsudin Hamid, Setiausaha Pasukan Skuad Uniti Daerah Lahad Datu Rosite Merdeka, Penolong Setiausaha Permuafaka­tan RT Lahad Datu Hamimah Mohd Rais dan AJK KRT Kampung Sapagaya Hilir Lahad Datu.

Bantuan kerusi roda dan keperluan asas itu diberikan bagi meringanka­n beban yang ditanggung selain memberikan sokongan moral dan suntikan semangat kepada penerima agar dapat meneruskan hidup dan redha dengan kejadian yang berlaku.

Pegawai Perpaduan Lahad

Skuad Uniti Lahad Datu menyerahka­n sumbangan kerusi roda dan bantuan keperluan dapur kepada Rosnah Awang.

Datu Jammaluddi­n Abdul Rahman dalam ucapannya menjelaska­n peranan Rukun Tetangga yang senantiasa memberi sokongan dan dorongan kepada masyarakat yang ditimpa musibah.

Selain itu, beliau juga menjelaska­n berkaitan peranan utama Pasukan Skuad Uniti ini adalah memberikan Khidmat Bantu Mula kepada masyarakat apabila berlakunya bencana dan kesulitan hidup seperti ini.

Rukun Tetangga dibawah JPNIN Negeri Sabah akan senantiasa memastikan objektifny­a dalam memastikan kesejahter­aan dan keharmonia­n masyarakat akan senantiasa terpelihar­a akan dapat dicapai dengan jayanya dan akan memastikan jaringan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan yang lain melalui NBOS akan melancarka­n lagi program seumpama ini.

 ??  ?? SETIAUSAHA
SETIAUSAHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia