Utusan Borneo (Sabah)

KRT diminta utamakan aspek kecekapan

-

BEAUFORT: KRT di setiap daerah di negeri perlu mengutamak­an aspek kecekapan pengurusan dalam memperkasa­kan organisasi KRT, kata Pengarah JPNIN Sabah Delin Liet Blaun ketika merasmikan Penangguha­n Program Kursus Pemantapan Pengurusan Ahli Jawatankua­sa KRT Zon Pedalaman Bawah Tahun 2017, di Dewan Pa’ Musa Beaufort.

Beliau mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan jutaan terima kasih kerana warga KRT Daerah Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dan Membakut berjaya melaksanak­an menghabisk­an program kursus sehari itu dengan jayanya.

“KRT Zon Pedalaman Bawah diharap akan terus melaksanak­an program dan memberi sokongan kepada program jabatan dan program program yang dianjurkan di peringkat daerah dan negeri bagi meningkatk­an pendedahan warga KRT

Safflie menerima sijil penyertaan kursus daripada Delin.

dan menampakka­n adanya kerjasama KRT khususnya dan JPNIN Negeri Sabah amnya terhadap agensi luar.

Delin juga menekankan perlunya setiap ahli jawatankua­sa KRT dan SRS memahami semua peraturan yang melibatkan KRT dan SRS agar pelaksanaa­n dan perjalanan KRT dan SRS adalah mengikut peraturan, prosedur dan undang-undang yang ditetapkan.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Unit Perhubunga­n Masyarakat dan Kejiranan, Susan Bennet, Pegawai Unit Perhubunga­n Masyarakat dan Kejiranan Ibu Pejabat Rosimah Eson dan Noor Hishamudin Rosli, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Beaufort Noraishah Mohd Zin, Pengerusi Penyelaras KRT Daerah Beaufort Haji Jamaluddin Musleh, Pengerusi Skuad Sejiwa Daerah Beaufort Azizah Saat dan ahli jawatankua­sa KRT.

 ??  ?? ZURAIDAH
ZURAIDAH
 ??  ?? DELIN bergambar kenangan dengan para peserta kursus.
DELIN bergambar kenangan dengan para peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia