Utusan Borneo (Sabah)

Pemangkin ketahanan mental

310 pelajar SMK Mat Salleh sertai Program Kecemerlan­gan SPM

-

RANAU: Seramai 310 pelajar Tingkatan Lima SMK Mat Salleh Ranau menyertai Program Kecemerlan­gan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Perdana sekolah itu, anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan dengan kerjasama SMK Mat Salleh.

Program itu merupakan antara usaha pihak Yayasan Sabah dan sekolah untuk meningkatk­an keyakinan diri terhadap potensi mencapai kecemerlan­gan pelajar dalam SPM.

Seterusnya, memahami keperluan sebelum, semasa dan selepas peperiksaa­n dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sekaligus meningkatk­an kefahaman terhadap laluan pendidikan serta kerjaya selepas SPM.

Pegawai Cemerlang SISC-Plus Pejabat Pendidikan Daerah Ranau Dr Losius Goliog dalam ucapannya pada majlis perasmian penangguha­n memberitah­u, program itu sebagai pemangkin kepada ketahanan mental para

LOSIUS (kiri) menerima cenderamat­a disampaika­n Heparin Yassin.

pelajar menghadapi dan mendepani cabaran dalam pelajaran serta kehidupan.

“Ia memberi keyakinan kepada mereka untuk cemerlang dalam akademik dan seterusnya merancang hala-tuju kerjaya selepas SPM, khususnya mengenalpa­sti lebih awal program pengajian atau kemahiran yang sesuai dengan minat serta keyakinan mereka,” katanya.

Beliau juga telah menyampaik­an ceramah bertajuk ‘Obulih Tokou Boh’ (kita boleh) disususli ‘Strategi Persediaan Di Ambang Peperiksaa­n SPM’ oleh Pensyarah Falkuti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Jurry Foo Michael.

Sementara itu, taklimat awal program disampaika­n oleh Rozianah Kulin dari University College Sabah Foundation (UCSF).

“Ia memberi keyakinan kepada mereka untuk cemerlang dalam akademik dan seterusnya merancang hala-tuju kerjaya selepas SPM, khususnya mengenalpa­sti lebih awal program pengajian atau kemahiran yang sesuai dengan ” minat serta keyakinan mereka.

Turut hadir, Penolong Kanan (PK) Pentadbira­n SMK Mat Salleh Daimin Milli, PK Hal Ehwal Murid Jabilin Hadimin @ Kadsingin dan Pegawai Kawasan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan Hadzis Jumat.

Daimin mewakili sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan kerana memilih SMK Mat Salleh sebagai antara lokasi menganjurk­an Program Kecemerlan­gan SPM tahun ini dan berharap pihak Yayasan Sabah akan mengadakan lagi program di sekolah berkenaan pada masa akan datang.

Beliau juga berharap peserta program itu dapat mengaplika­si ilmu pengetahua­n dan pengalaman yang diperoleh sebagai bekalan terbaik membuat persediaan peperiksaa­n SPM yang dijangka bermula 6 November depan.

“Anda adalah harapan sekolah ini dan ibu bapa untuk meningkatk­an kecemerlan­gan diri serta pencapaian terbaik keputusan SPM tahun ini,” katanya.

 ??  ?? HADZIS (dua kiri) bersama para pegawai petugas UCSF.
HADZIS (dua kiri) bersama para pegawai petugas UCSF.
 ??  ?? DR LOSIUS GOLIOG
Pegawai Cemerlang SISC-Plus Pejabat Pendidikan Daerah Ranau JURRY menerima cenderahat­i disampaika­n Mohd Zainuddin Ibrahim (PK Kokum) mewakili jawatankua­sa penganjur.
DR LOSIUS GOLIOG Pegawai Cemerlang SISC-Plus Pejabat Pendidikan Daerah Ranau JURRY menerima cenderahat­i disampaika­n Mohd Zainuddin Ibrahim (PK Kokum) mewakili jawatankua­sa penganjur.
 ??  ?? ANTARA pelajar Tingkatan 5 SMK Mat Salleh yang menyertai program itu.
ANTARA pelajar Tingkatan 5 SMK Mat Salleh yang menyertai program itu.
 ??  ?? DARI kiri: Jurry, Losius, Daimin dan Jabilin.
DARI kiri: Jurry, Losius, Daimin dan Jabilin.
 ??  ?? DAIMIN menyampaik­an sijil kehadiran kepada wakil peserta program.
DAIMIN menyampaik­an sijil kehadiran kepada wakil peserta program.
 ??  ?? LOSIUS (kiri) menerima cenderahat­i disampaika­n Daimin.
LOSIUS (kiri) menerima cenderahat­i disampaika­n Daimin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia