Utusan Borneo (Sabah)

Jaga kebersihan kawasan bandar

Lebih 3,000 sertai pembersiha­n besar-besaran di Kudat

-

KUDAT: Menteri Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang menggesa penduduk di Kudat, Matunggong dan Banggi agar menjaga kebersihan kawasan pesisir dan bandar itu dalam usaha mempromosi­kan industri pelanconga­n tempatan.

“Daerah yang bersih dan pantai bebas sampah akan memberi kesan yang baik kepada pelancong domestik dan asing, yang membantu merangsang pertumbuha­n industri pelanconga­n di Kudat,” katanya.

Beliau yang juga Adun Tanjong Kapor berkata sampah akan membahayak­an alam sekitar dan mengancam ekosistem marin di daerah ini.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat Kudat dan kawasan sekitarnya tidak akan membuang sampah, termasuk botol plastik dan beg plastik kosong di jalanjalan atau ke laut.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan gotong-royong peringkat daerah Kudat yang diadakan bersempena Hari Pembersiha­n Pantai Antarabang­sa dan Hari Malaysia di sini pada Ahad.

Acara itu dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kudat dan Pertubuhan Pemulihara­an Penyu Kudat (KTCS), melibatkan pembersiha­n pantai, tepi pantai, kampung dan bandar Kudat serta beberapa kawasan di

“Daerah yang bersih dan pantai bebas sampah akan memberi kesan yang baik kepada asing” pelancong domestik dan DATUK TEO CHEE KANG Menteri Tugas Khas

TEO

Matunggong dan Banggi.

Lebih 3,000 orang termasuk penduduk dari 60 kampung, pemimpin masyarakat, WWF, TamanTaman Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), PGA, Rela, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan, sektor swasta, serta agensi kerajaan lain dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil bahagian dalam program pembersiha­n besar-besaran.

Gotong-royong itu terbahagi kepada lapan zon iaitu Simpang Mengayau, Sikuati, Bak Bak, Kudat, Limau Limauan, Terongkong­an, Sebayan dan Banggi.

Menjelang akhir acara itu, para peserta telah membersihk­an kira-kira 24,000 kilogram sampah di lapan zon.

Teo berkata acara itu bertujuan meningkatk­an kesedaran dan mendidik golongan remaja dan orang

Sabdin dan yang lain menunjukka­n jumlah sampah yang dikutip daripada aktiviti gotong-royong.

dewasa mengenai pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar.

“Cabaran kami ialah menjaga kebersihan Kudat. Tiada pembersiha­n yang akan mencukupi jika orang ramai terus membuang sampah,” katanya.

Oleh itu, beliau berharap masyarakat setempat akan bekerjasam­a dalam memastikan daerah ini kekal bersih untuk memulihkan status Kudat sebagai daerah terbersih di Sabah.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kudat Sabdin Ibrahim, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tanjong Kapor Datuk Peter Chin, Setiausaha Politik Peter Chong dan Setiausaha Perhubunga­n Albert Kok.

 ??  ?? dan yang lain menunjukka­n tanda `bagus’.
dan yang lain menunjukka­n tanda `bagus’.
 ??  ?? TEO,
TEO,
 ??  ?? TEO melihat sukatan sampah yang ditimbang.
TEO melihat sukatan sampah yang ditimbang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia