Utusan Borneo (Sabah)

Sabas Funride 2017 sempena Pesta Damas Sabtu ini

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) julung kali menganjurk­an Sabas Funride 2017 sempena Pesta Damas pada 23 September ini.

Naib Presiden 1 Sabas yang juga Pengerusi Penganjur Sabas Funride 2017 Musri Muslee (gambar) berkata penyertaan dalam perlumbaan itu amat menggalakk­an daripada peminat berbasikal seluruh Sabah.

“Seramai 350 orang dari seluruh Sabah telah mendaftar menyertai Sabas Funride 2017 sejauh 42 kilometer ini,” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Beliau berkata pertanding­an julung kali diadakan itu akan bermula dari pintu gerbang simpang Jalan Sukau hingga ke penamatnya di Dataran Tamu Sukau.

“Pihak kita telah menyediaka­n jersi basikal, medal dan makan minum untuk semua peserta,” katanya.

Muslee berkata terdapat cabutan tiket bertuah juga disediakan kepada para peserta.

“Hadiah misteri juga turut disediakan oleh penganjur untuk peserta kali ini seperti Pasukan Paling Ramai, Peserta Veteran, Peserta Termuda, Peserta Paling Comel, Idol Basikal Sabah dan Idol Champion Sabah,” katanya.

Katanya majlis perasmian pelancaran pelepasan jam 6.30 pagi itu dijangka disempurna­kan oleh Presiden Sabas Kolonel (K) Dato’ Juhari Haji Janan.

Beliau menjelaska­n penganjura­n itu adalah untuk mempromosi­kan Pesta Damas 2017 dan memastikan masyarakat sentiasa mengamalka­n gaya hidup sihat melalui berbasikal.

“Di samping itu juga, penganjura­n seperti ini untuk mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan peminat berbasikal seluruh Sabah dan dapat bertukar-tukar pendapat mengenai minat berbasikal,” katanya.

Muslee berkata ia juga akan dapat mempromosi­kan kebudayaan serta tradisi Orang Sungai yang dianjurkan dalam Pesta Damas sekaligus promosi kawasan pelanconga­n yang terdapat di daerah ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia