Utusan Borneo (Sabah)

Pibaik kumpul dana beli mesin radioterap­i bernilai RM18 juta

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Kanser Ibu Bapa dan KanakKanak (Pibaik) malam ini melancarka­n Sijil Wakaf CancerCare bagi mengumpul dana untuk membeli mesin radioterap­i dan peralatan rawatan kanser yang akan disumbangk­an kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pengerusin­ya Mohd Amin Ali Sidik berkata hasil kutipan dana tersebut dapat menampung pembelian mesin radioterap­i yang bernilai RM18 juta selain memperbaha­rui beberapa peralatan rawatan kanser yang telah uzur di HKL.

Beliau berkata dana tersebut akan dikumpul melalui penjualan Sijil Wakaf Cancercare yang bernilai RM10, RM50 dan RM500 setiap satu kepada orang ramai, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, tokoh-tokoh korporat, ahli perniagaan dan badan bukan kerajaan.

“Penyakit kanser merupakan penyakit kritikal dan dilaporkan terdapat kira-kira 130,000 penghidap penyakit tersebut di negara ini, yang mana jumlah tersebut dianggarka­n akan meningkat 30 peratus menjelang 2020,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sijil Wakaf Cancercare di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini malam ini.

Mohd Amin Ali juga berkata, dalam usaha membantu pesakit kanser, aktiviti persatuan itu tidak hanya terhad di HKL, malah turut membantu pesakit kanser di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dengan menubuhkan Pusat Kesedaran dan Pencegahan Awal Kanser di kampus HUKM, Kuala Lumpur.

Turut hadir Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n Yusof Mamat dan Ketua Jabatan Radioterap­i dan Onkologi HKL Dr Ros Suzzana Ahmad Bustamam.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia