Utusan Borneo (Sabah)

Dadah: Empat berdepan tali gantung jika sabit kesalahan

-

KUCHING: Empat lelaki berdepan hukuman mandatori gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan selepas ditangkap memiliki dadah jenis syabu sebarat 80.56 gram dalam satu serbuan di sini, tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, keempat-empat suspek berusia lingkungan 26 hingga 34 tahun ditangkap anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) di dalam sebuah stor rumah papan di pusat bandar raya pada Isnin lepas.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n menemui dadah tersebut yang dianggarka­n bernilai sekitar RM14,490.

“Hasil pemeriksaa­n di dalam stor yang diserbu, pasukan BSJN Kuching menemui satu beg hitam yang mengandung­i enam peket plastik berisi ketulan kristal disyaki syabu, dengan anggaran berat bersih dadah yang dirampas berjumlah 80.56 gram bernilai sekitar RM14,490,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Selain itu, Abang Ahmad memberitah­u seorang daripada suspek turut mengaku dadah tersebut adalah miliknya yang diperolehi daripada seorang pengedar tempatan yang masih diburu polis.

“Selain dadah tersebut, turut dirampas ialah wang tunai berjumlah RM1,760,” katanya.

Kesemua suspek positif dadah dan dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,” katanya yang turut memberitah­u kesemua suspek direman selama lima hari sehingga 25 September ini.

 ??  ?? ACP ABANG AHMAD
ACP ABANG AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia