Utusan Borneo (Sabah)

Perdasama bantu usahawan tingkat ekonomi

-

KUCHING: Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) akan terus berusaha membantu usahawan khasnya masyarakat Sarawak bagi bersamasam­a meningkatk­an ekonomi dalam bidang perniagaan.

Presiden Perdasama Datuk Moehamad Izat Emir berkata, sehubungan itu sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Perdasama memerlukan sokongan dan bantuan daripada kerajaan negeri untuk mencapai matlamat itu.

“Kunjungan terhadap Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg) bagi memaklumka­n mengenai kewujudan Perdasama.

“Kami mengalu-alukan bantuan dan sokongan daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk bersamasam­a membantu Perdasama khususnya Perdasama Cawangan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Moehamad Izat mengetuai delegasi Perdasama Pusat dan Negeri Sarawak melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, pada Selasa.

Delegasi Perdasama Cawangan Sarawak diketuai Yang Dipertuany­a Mashan Ahmad Rais.

Moehamad berkata, pihaknya mempunyai lebih 16,000 ahli terdiri daripada pelbagai perniagaan seperti perkhidmat­an, kontraktor, makanan dan sebagainya dari 16 cawangan seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan 19 tahun lalu, Perdasama membantu pengusaha Melayu di Malaysia menerusi beberapa aktiviti diadakan.

Sementara itu, Naib Presiden Perdasama Datuk Naim Mohamad berkata, pihaknya akan berusaha mengumpul seberapa ramai usahawan bagi membantu merangsang ekonomi Sarawak.

Menurutnya, Perdasama akan menganjurk­an program jelajah melibatkan tujuh kawasan Parlimen yang dikenal pasti.

“Setakat ini, seramai 163 ahli Perdasama dalam kalangan usahawan di Sarawak.

“Kami akan menambah lebih ramai ahli baharu bagi merancakka­n ekonomi negeri ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia