Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama dua hala China, S’wak menunjukka­n hasil memuaskan

-

KUCHING: Jalinan kerjasama dua hala antara China dan Sarawak menunjukka­n hasil yang memuaskan sekali gus membawa kepada pemeteraia­n dokumen persefaham­an antara dua pihak.

Konsul Besar China di Kuching Fu Jijun berkata kerjasama itu membabitka­n sektor perindustr­ian dan perdaganga­n yang melibatkan nilai pelaburan berbilion ringgit.

Menurut Fu, antara kerjasama China-Sarawak termasuk penjanjian Fujian, wilayah Yunnan dan Sarawak, organisasi perbandara­n Dali dan Kuching Utara.

Selain itu, kerjasama keduadua belah pihak juga terjalin menerusi sektor industri pengeluara­n besi, keluli dan bahan binaan, minyak dan gas, janakuasa hidro serta hartanah dan perdaganga­n.

“Loji jana kuasa solar yang dilaburkan oleh Xi’an Longji dan ladang getah yang dilaburkan oleh syarikat-syarikat Guangdong Reclamatio­n berjalan lancar yang menggunaka­n khidmat ribuan pekerja Sarawak,” katanya.

Fu Jijun berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-68 Penubuhan Republik Rakyat China di sebuah hotel terkemuka di sini, malam Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berharap kerjasama antara China dan Sarawak terus berjalan lancar dengan pelbagai perancanga­n pada masa akan datang.

Beliau turut memuji pentadbira­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dalam menerajui Sarawak yang banyak membawa momentum pembanguna­n.

“Kita lihat dia (Abang Johari) membawa pembanguna­n kepada Sarawak walaupun baharu lapan bulan menjadi Ketua Menteri.

“Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS), syarikat minyak dan gas (Petros), ekonomi digital, perdaganga­n antarabang­sa dan e-dagang, termasuk peruntukan lebih satu bilion untuk membina lebih banyak infrastruk­tur teknologi maklumat (IT),” katanya sambil menyifatka­n ia merupakan pembanguna­n dibawa Abang Johari kepada Sarawak.

Fu Fujian berharap hubungan kerjasama rapat antara dua pihak itu dapat diteruskan sekali gus memberi keuntungan kepada China dan Sarawak.

Beliau percaya dasar ekonomi yang dibawa Abang Johari merupakan rancangan berwawasan dan kaedah inovatif untuk bergerak selari dengan trend dunia dan mempercepa­tkan transforma­si ekonomi dan sosial.

“Ia pastinya akan memacu Sarawak dalam perjalanan ke arah negeri yang lebih maju dan membawa lebih banyak masa depan yang cerah untuk Sarawak,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia