Utusan Borneo (Sabah)

Emart adakan Karnival Joyful di empat lokasi, 28 Sept-12 Nov

-

KUCHING: Sempena sambutan Ulang Tahun Ke-12 Emart, Kumpulan Syarikat Emart akan mengadakan Karnival Joyful dari 28 September hingga 12 November di empat lokasi di dua bandar raya.

Menurut Eksekutif Kanan Kumpulan Emart Chloe Chan, Karnival Joyful yang terdahulu dikenali sebagai Karnival Emart adalah untuk menghargai pelanggan mereka.

“Tanpa sokongan daripada semua lapisan masyarakat, kami tidak akan sampai sejauh ini,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Karnival Joyful bermula di Emart Batu Kawa di Kuching pada 28 September hingga 1 Oktober, diikuti Emart Matang pada 5 hingga

(empat kiri) bersama yang lain pada sidang media mengenai Karnival Joyful Emart di Kuching, kelmarin.

8 Oktober.

Ia akan terus ke Miri di Emart Tudan dari 26 hingga 29 Oktober, diikuti Emart Riam dari 30 Oktober hingga 3 November.

Antara acara diadakan seperti Emart Race, Pick & Match, Resipi Ibu Joyful, the 45-Second Treasure Chest Retail Challenge dan banyak lagi.

Persatuan Kanser KanakKanak Sarawak (SCCS) juga akan membuka sebuah gerai di Miri untuk menyebarka­n kesedaran mengenai kanser kanak-kanak dan memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat bagaimana mereka dapat membantu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Emart di fb.me/EmartMY.

 ??  ?? CHLOE
CHLOE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia