Utusan Borneo (Sabah)

Jerayawara ‘Lebih GA’ di pasar raya Servay, King Centre

-

KUCHING: Anmum Materna, Lacta dan Essential kini mengadakan jerayawara ‘Lebih GA’ di pasar raya Servay, King Centre di sini bermula hari ini sehingga 21 September.

Menurut Eksekutif Jualan Kawasan Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd, Ho Kuok Ping, jerayawara tersebut adalah bersempena pelancaran formulasi baharu untuk rangkaian produk susu tepung rumusannya.

Katanya, formulasi baharu Anmum Materna, Lacta dan Essential yang kini mengandung­i Nuelipid untuk tahap GA yang lebih tinggi bersama dengan DHA dan vitamin-vitamin serta mineral-mineral lain amat penting untuk menyokong keperluan nutrisi ibu mengandung, ibu menyusu dan kanak-kanak satu tahun ke atas.

“Jerayawara ini adalah bertujuan menyampaik­an maklumat kepada ibu bapa tentang kepentinga­n pemakanan yang baik untuk pertumbuha­n dan perkembang­an anak-anak mereka,” katanya.

Sehubungan itu, wakilwakil Anmum Materna, Lacta dan Essential akan berada di lokasi jerayawara dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam untuk memberikan maklumat lanjut tentang formulasi baharu tersebut.

Justeru, katanya ibu bapa adalah digalakkan untuk membawa bersama anak-anak kecil untuk menyertai aktiviti menyeronok­kan selain boleh memperoleh­i hadiah percuma dengan pembelian produk.

Selepas di pasar raya Servay, jerayawara ‘Lebih GA’ akan diteruskan di lokasi terakhir, Emart Batu Kawa pada 29 September hingga 1 Oktober.

 ??  ?? (DARI kiri) Ho, penyelia jualan Choon Hua Trading Corporatio­n Sdn Bhd Ten Sui Chow bersama kakitangan pasar raya Servay, Liew Mei Zhen dan Livian Tan menunjukka­n produk formulasi baharu Anmum Materna, Lacta dan Essential sempena jerayawara ‘Lebih GA’...
(DARI kiri) Ho, penyelia jualan Choon Hua Trading Corporatio­n Sdn Bhd Ten Sui Chow bersama kakitangan pasar raya Servay, Liew Mei Zhen dan Livian Tan menunjukka­n produk formulasi baharu Anmum Materna, Lacta dan Essential sempena jerayawara ‘Lebih GA’...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia