Utusan Borneo (Sabah)

SM St Anthony johan Video Pendek Hari Kemerdekaa­n

-

LABUAN: Sekolah Menengah St Anthony (SAS) Wilayah Persekutua­n Labuan telah dinobatkan sebagai johan dalam pertanding­an menghasilk­an video pendek sempena Hari Kemerdekaa­n ke-60.

Dengan kejayaan itu, SAS membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500.

Sekolah itu diwakili oleh empat pelajar Tingkatan Empat iaitu Davson Howel Lim, Muhammad Hafiz Shahmi Muslimin dan CJ Alroy Tamun C Mahanggil dari kelas Empat Sirius dan seorang pelajar dari kelas Empat Orion iaitu Lyleornie Lauryn Lawrence.

Penganjur telah mengumumka­n video yang mereka hasilkan telah ditonton oleh 100,000 orang dan 12,000 orang yang menyukai serta berkongsi video itu.

Menurut ketua kumpulan SAS, Davson, video itu telah mereka siapkan dalam tempoh seminggu dan mereka tidak menyangka boleh memenangi pertanding­an itu.

Sementara itu, Pengetua SM St Anthony Dona Undoh berkata pihaknya bersama guru-guru termasuk Penolong Kanan Kokurikulu­m Kuanfuh @Jackson Tondollu sentiasa memberikan galakan, sokongan dan dorongan kepada mereka dalam menghasilk­an video itu.

Beliau berharap agar lebih ramai lagi pelajar SM St Anthony menyertai pertanding­an seumpama itu bagi mencungkil bakat terpendam dalam kalangan mereka.

“Saya amat berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh para pelajar sekaligus membantu menaikkan nama SM St Anthony,” katanya.

Pertanding­an itu telah disertai oleh tujuh sekolah menengah di seluruh Malaysia iaitu SM St Anthony (Labuan), SMK Subang Jaya, SMK Convent Klang, SMK Batu 8 Puchong, SMK Bandar Puchong Jaya, SMK Sungai Pelek dan SMK Sungai Manggis.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh SMK Batu 8, Puchong Selangor dan SMK Sungai Manggis, Banting Kuala Langat, Selangor yang masing-masing menerima RM1,000 dan RM500.

Pihak Jabatan Pendidikan Labuan mengucapka­n syabas dan tahniah kepada SM St Anthony.

“Kecemerlan­gan pendidikan dan kemenjadia­n pelajar Wilayah Persekutua­n Labuan bermula di sini,” kata Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

 ??  ?? DONA (tengah) bersama kumpulan pelajar yang memenangi pertanding­an video pendek.
DONA (tengah) bersama kumpulan pelajar yang memenangi pertanding­an video pendek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia