Utusan Borneo (Sabah)

Sabah perlu lebih banyak PPR: Hajiji

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

S ANDA KAN: Kerajaan negeri melalui Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah mengemukak­an permohonan bagi menambah jumlah unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini kerana masih tidak mencukupi.

Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor berkata, permohonan itu dikemukaka­n bagi menambah PPR di Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan sekitar Kota Kinabalu sekaligus membolehka­n lebih ramai rakyat yang kurang berkemampu­an serta yang tinggal di kawasan setinggan untuk memiliki rumah sendiri.

“Di Sandakan sahaja, maklum balas daripada Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) menyatakan sekurangku­rangnya 5,000 unit rumah PPR lagi perlu dibina di daerah ini,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke PPR Taman Harmoni dan Terminal Bas Luar Bandar Sandakan di sini pada Khamis.

Untuk rekod, setakat ini Sandakan mempunyai 6,080 unit rumah PPR termasuk Taman Mesra, Taman Murni, Lintas Sibuga, Taman Batu Sapi, Gum-Gum Jaya, Taman Sungai Manila Batu 12, Taman Muhibah dan Batu Putih (sedang dalam pembinaan).

Dalam pada itu, Hajiji turut berpuas hati dengan kerja pembinaan Terminal Bas Luar Bandar Sandakan yang menelan kos kira-kira RM25 juta. Ia dijangka siap pada November tahun ini.

Katanya, pembinaan terminal itu adalah bukti usaha kerajaan dalam memberi sistem pengangkut­an yang baik dan selesa kepada rakyat khususnya di Sandakan sekaligus dapat mengurangk­an masalah kesesakan jalan raya.

Hadir sama, Timbalan Presiden MPS Haji Mohd Hamsan Awang Supain dan Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Elopura Chan Tzun Hei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia