Utusan Borneo (Sabah)

Suspek kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h dibawa ke lokasi kejadian

-

KUALA LUMPUR: Seorang suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kebakaran pusat tahfiz di sini Khamis lepas, yang mengorbank­an 23 nyawa, dibawa ke lokasi kejadian pada Khamis.

Suspek lelaki itu kelihatan dibawa memasuki Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Jalan Keramat Ujung pada pukul 11.50 pagi oleh beberapa pegawai polis.

Polis mengesahka­n lelaki itu adalah seorang daripada tujuh remaja berumur antara 11 dan 18 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan.

Pemerhatia­n Bernama mendapati suspek berkenaan di bawa ke bahagian pagar belakang serta asrama terbakar itu yang terletak di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat.

Selepas hampir satu jam di lokasi kejadian, suspek yang ditutup kepala, kemudian dibawa keluar meninggalk­an lokasi kejadian oleh polis.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban akibat terperangk­ap di asrama tersebut dalam tragedi kebakaran 5.15 pagi.

Dalam pada itu, Unit Forensik Bukit Aman yang turut berada di lokasi kejadian memaklumka­n akan menyelesai­kan kerja-kerja mengumpul maklumat dan bukti pada Khamis.

Terdahulu, Bernama melaporkan yang Unit Forensik hari ini turut melakukan pengimejan tiga dimensi (3D) di pusat tahfiz itu.

Sabtu lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh mengumumka­n tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran berkenaan.

Menurut Amar Singh, reman kesemua suspek akan tamat hari ini. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? POLIS membawa seorang suspek kes kebakaran bagunan asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h bagi membantu siasatan di Jalan Keramat Ujung pada Khamis.
GambarBern­ama POLIS membawa seorang suspek kes kebakaran bagunan asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h bagi membantu siasatan di Jalan Keramat Ujung pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia