Utusan Borneo (Sabah)

Atlet memanah terus kempunan

-

KUALA LUMPUR:Hasrat kem memanah negara merangkul pingat emas pertama pada hari keempat temasya Sukan Para ASEAN (APG) KL 2017 tidak kesampaian selepas dua pemanah negara K.Morogen dan Nor Sa’adah Abdul Wahab tewas di pusingan akhir acara compound individu terbuka lelaki dan wanita pada Khamis.

Pada aksi di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, Morogen tewas kepada pemanah Indonesia,

Toto Wastomi dengan keputusan

136-131 untuk berpuas hati meraih pingat perak.

Turun beraksi dalam keadaan cuaca mendung, kegagalan Morogen melakukan bidikan tepat pada panahan pertamanya memberikan kelebihan kepada Toto untuk memenangi end pertama dengan keputusan 28-20. Morogen yang mempamerka­n persembaha­n terpuji sepanjang perjalanan ke peringkat akhir berjaya menemui rentak di end kedua, namun masih gagal mengatasi pemanah Indonesia itu selepas menamatkan dengan keputusan 27-26 berpihak kepada Toto. Pada

end ketiga keputusan seri 28-28 dicatatkan kedua-dua pemanah itu sebelum Morogen memenangi baki dua end terakhir dengan keputusan 29-26 dan 2827, namun keputusan itu jelas gagal membantuny­a mencapai sasaran merangkul emas.

Pingat gangsa menjadi milik pemanah Thailand, Aungaphina­n Anon yang menewaskan rakan senegara A.Phimthong.

Sementara itu, Nor Sa’adah turut gagal menghadiah­kan pingat emas kepada negara selepas dikecewaka­n 140-132 oleh pemanah Singapura, Nur Syahidah Alim dalam kategori wanita.

Pada end pertama, Syahidah berjaya membuat panahan sempurna apabila mengutip mata penuh untuk memenangi permainan dengan keputusan 30-24 diikuti kemenangan end kedua dengan 29-27.

End ketiga menyaksika­n Nor Sa’adah cuba bangkit dan berjaya memenangi permainan dengan keputusan 26-24, namun gagal meneruskan rentak kemenangan itu selepas tewas 26-28 di end keempat dan seri 29-29 pada end terakhir.

Pemanah Thailand, R.Katemongko­n muncul pemenang pingat gangsa selepas mencatat kemenangan tipis 134-133 ke atas rakan sepasukan, Panmai Ratchanee.

 ?? - Gambar BERNAMA ?? ATLET negara Nor Sa’adah Abdul Wahab ketika beraksi dalam acara memanah akhir ketegori perempuan terbuka kompaun individu pada Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis.
- Gambar BERNAMA ATLET negara Nor Sa’adah Abdul Wahab ketika beraksi dalam acara memanah akhir ketegori perempuan terbuka kompaun individu pada Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia