Utusan Borneo (Sabah)

Maximillia­n muncul juara Golf Nexus Siri 1

Atasi tiga pencabar lain menerusi Kiraan Semula (OCB)

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Maximillia­n Benedict Jr. Boijol merangkul gelaran juara Golf Nexus Siri I, 2017 yang berakhir di Nexus Golf Resort Karambunai (NGRK) pada Ahad.

Mencatat handikap terbaik pada hari kejohanan, jaguh dalam pembikinan itu mengatasi tiga pencabar lain menerusi Kiraan Semula (OCB) selepas kesemua mereka mencatat keputusan yang sama dengan 37 mata.

Tempat kedua disandang oleh Hamza Maidin diikuti Hassan Arshad dan Edmond Tubong masing-masing pada kedudukan ketiga dan keempat.

Kejayaan keempat-empat pemain itu membolehka­n mereka layak untuk beraksi di Pertanding­an Grand Final yang akan diadakan pada 17 Disember hadapan.

Mereka akan disertai oleh tiga pemain lain iaitu Mohd Razib Tahir, Paunggin @ Justin Ransoi dan Mohd Kamal Kakom yang memperoleh `wildcard’ (Kelayakan Terus) menerusi cabutan oleh pihak penganjur.

Pengarah Operasi Golf NGRK Steven Cheah ditemui selepas menyempurn­akan majlis penyampaia­n hadiah berkata, siri kejohanan itu melibatkan tiga pusingan awal di mana Pusingan Pertama melibatkan penyertaan kategori Terbuka sahaja.

Pusingan Kedua untuk kategori Senior akan berlangsun­g pada 22 Oktober diikuti Pusingan Ketiga untuk kategori Terbuka dan Senior pada 19 November.

“Kategori Terbuka hanya layak disertai oleh para pemain berusia 18 tahun ke atas, manakala kategori Senior pula boleh disertai oleh para pemain yang berumur 55 tahun ke atas.

“Para pemenang untuk setiap pusingan akan layak menyertai Grand Final secara percuma,” jelas beliau.

Pertanding­an itu yang menggunaka­n format `Sistem 36 Stableford’, juga menawarkan hadiah Pukulan Selubang (HiO) berupa wang tunai RM5,000 untuk setiap pusingan kelayakan dan wang tunai RM10,000 untuk Grand Final, yang disumbangk­an oleh Kurnia Insurans.

Selain itu, hadiah cabutan bertuah berupa tiket penerbanga­n sumbangan MASwings, bag golf, baucar penginapan, baucar golf serta cabutan Kelayakan Terus (Wildcard) ke Grand Final juga menanti para pemenang.

Para penaja pertanding­an itu termasuk Nexus Resort & Spa Karambunai, Hyatt Regency Kinabalu, Toro, Club Car, Agri Pacific Sdn Bhd, Ying Cheng Constructi­on dan Bukit Unggul Country Club.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n keterangan lanjut dengan menghubung­i 012-8220896 (Montasir), 0138530400 (Nylter) atau talian 088-411215.

“Mencatat handikap terbaik pada hari kejohanan, jaguh dalam pembikinan itu mengatasi tiga pencabar lain menerusi Kiraan Semula (OCB) selepas kesemua mereka mencatat keputusan yang sama dengan 37 mata. Tempat kedua disandang oleh Hamza Maidin diikuti Hassan Arshad dan Edmond Tubong

” masing-masing pada kedudukan ketiga dan keempat.

 ??  ?? MAXIMILLIA­N Jr. Boijol (kanan) menerima hadiah juara Golf Nexus Siri I, 2017 dari Steven di NGRK, Karambunai pada Ahad.
MAXIMILLIA­N Jr. Boijol (kanan) menerima hadiah juara Golf Nexus Siri I, 2017 dari Steven di NGRK, Karambunai pada Ahad.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia