Utusan Borneo (Sabah)

Isteri KM tinjau sendiri keadaan di PDK Bau

-

Badan Amal Tenaga Isteri (SABATI), diketuai isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang melawat tiga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di daerah Bau, barubaru ini.

Juma’ani dalam ucapan ringkasnya berkata, salah satu objektif SABATI adalah melaksanak­an kerja-kerja amal dan membantu golongan yang memerlukan seperti PDK.

“Secara peribadi, saya tidak mahu menghantar wakil, kerana saya hendak melihat sendiri keadaan di PDK supaya saya tahu keperluan di PDK tersebut termasuk di luar bandar.

“Setakat ini, 12 pusat PDK sudah dilawati SABATI dan masih banyak perancanga­n untuk melawat PDK yang lain,” katanya ketika berucap di PDK Kampung Singai di Kampung Singai Atas yang merupakan lokasi pertama dilawati.

Pusat yang dirasmikan pada 2012 itu menempatka­n 78 pelatih dan diselarask­an seorang penyelia dan empat petugas.

Menurut Pengerusi PDK Kampung Singai, yang juga Ketua Kampung Singai, Tonison Matan, kebanyakan pelatih di situ mempunyai masalah pembelajar­an, masalah fizikal, penglihata­n dan mental.

Oleh itu, latihan dan aktiviti di pusat berkenaan terbahagi kepada beberapa kategori, contohnya, bagi yang menghadapi masalah pembelajar­an, pelatih dilatih asas menulis, membaca dan mengira, manakala pelatih remaja dan dewasa, diajar bercucuk tanam, membuat kraf tangan, membuat kuihmuih dan keropok yang boleh dijadikan bahan jualan sebagai menjana pendapatan tambahan.

Lokasi kedua adalah ke PDK Cahaya Kasih Kampung Serasot, di KM18 Jalan Bau-Staas, menempatka­n 42 pelatih dari kampungkam­pung berhampira­n seperti Staas, Sibubok, Sekibang dan Serasot itu sendiri.

Selain aktiviti berkebun, menganyam dan menjahit serta latihan pembelajar­an, PDK itu sering mengadakan aktiviti sukan seperti bermain bola dan sukaneka untuk para pelatihnya.

Manakala lokasi seterusnya, adalah ke PDK Kampung Sinar Harapan Kampung Duyoh, yang menempatka­n 36 pelatih di bawah jagaan seorang penyelia dan tiga petugas.

Menurut Pengerusi PDK Sinar Harapan Bogeg Nyaon, pelatih dilatih dengan pelbagai program seperti bercucuk tanam termasuk menanam cendawan, membuat kraf dan jahitan sarung bantai dan apron serta membuat rantai dan gelang manik.

Selain itu, pelatih juga diajar cara penjagaan dan kebersihan diri, mengurus rumah seperti membersih, memasak dan menyapu.

Pada setiap kunjungan, Juma’ani berpesan kepada ibubapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa supaya mengekalka­n kesabaran dan keprihatin­an tinggi dalam menghadapi kehendak dan tingkah laku anak-anak mereka.

Beliau mengingatk­an ibu bapa mahupun penjaga agar tidak mendera anak-anak mereka kerana kanak-kanak itu mempunyai perasaan dan emosi yang sangat sensitif dan mudah tersinggun­g.

“Gunakanlah bahasa yang lembut, tunjukkan kasih sayang dan beri perhatian sepenuhnya dengan anakanak ini.

“Mereka anugerah Tuhan kepada kita, dan kita sebagai ibu bapa harus menghargai, menya-yangi mereka dengan ke-mesraan supaya mereka tidak berasa terpinggir atau terbiar,” ujar beliau.

“Saya berharap setiap ibu bapa mengambil tanggungja­wab secara serius dalam melibatkan diri, menjaga dan melatih anakanak mereka, dan jangan serahkan tanggungja­wab tersebut bulat-bulat kepada penyelia atau penjaga pusat,” tambahnya lagi.

Juma’ani juga berharap dengan adanya pelbagai aktiviti dan latihan yang dijalankan mampu memberi pemulihan terbaik dan menyeluruh bagi memastikan pelatih mempunyai keyakinan diri dengan membina minda, kemahiran serta kerohanian mereka.

SABATI menyumbang RM2,000 kepada setiap PDK yang dilawati untuk tujuan aktiviti sampingan, manakala para pelatih menerima sumbangan wang tunai, barangan penjagaan diri dan makanan ringan setiap seorang.

Beberapa ahli exco SABATI turut menyertai lawatan itu termasuk Setiausaha Kehormat SABATI Datin Dr Zaleha Abdullah, Bendahari Kehormat SABATI Siti Shorgayah Zaiden, isteri Speaker Dewan Undangan Negeri Dato Fatimah Mohd Iskandar, isteri Ahli Dewan Undangan Negeri Tasik Biru Datin Christina Esni Mied.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kebajikan Sarawak Abang Shamshudin Abang Seruji dan ketua-ketua masyarakat daerah Bau.

 ??  ?? JUMA’ANI menyerahka­n sumbangan kepada Pengerusi PDK Kampung Singai Tonison Matan.
JUMA’ANI menyerahka­n sumbangan kepada Pengerusi PDK Kampung Singai Tonison Matan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia