Utusan Borneo (Sabah)

Cipta inovasi bantu masyarakat

Galakan kepada warga di bawah KKM di Sabah

-

KOTA KINABALU: Warga di bawah Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di negeri ini digalak meningkatk­an daya kreativiti dengan mencipta dan menghasilk­an projek inovasi perubatan yang mampu memberi impak dan manfaat besar kepada organisasi dan masyarakat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi berkata, usaha untuk membudayak­an kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga KKM akan terus dipergiat bukan sekadar menambahba­ik sistem penyampaia­n perkhidmat­an sebaliknya usaha berterusan ke arah pembentuka­n modal insan berkualiti.

Katanya usaha pembentuka­n modal insan berkualiti melalui penghasila­n daya kreativiti dan inovasi bukan sahaja memberi nilai tambah kepada jabatan dan perkhidmat­an awam tetapi juga menyumbang kepada pembentuka­n modal insan yang mampu menyerlahk­an potensi dan produktivi­ti secara berterusan.

“Kejayaan dalam penghasila­n sesuatu inovasi peringkat organisasi amat bergantung kepada komitmen pelbagai pihak.

“Selain sumbangan buah fikiran setiap ahli pasukan, peranan pihak atasan juga penting dalam menyuntik motivasi dan semangat pasukan dalam penghasila­n inovasi yang lebih berkualiti dan sesuai untuk kepentinga­n dan kebaikan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis perasmian penutupan Pertanding­an Anugerah Inovasi anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian (JKNS) bertempat di Auditorium Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini pagi Rabu.

Pertanding­an Anugerah Inovasi Peringkat JKNS yang berlangsun­g selama tiga hari sejak Isnin itu menyaksika­n lebih 27 projek inovasi perubatan diketengah dan dibentangk­an melalui penyertaan daripada hospital seluruh Sabah.

Acara tahunan itu antara lain bertujuan memberi pengiktira­fan kepada hasil inovasi warga KKM yang mampu meningakat­kan kualiti penyampaia­n dan perkhidmat­an selain memupuk dan menyemarak­kan budaya kreatif serta inovatif warganya dalam melaksanak­an tanggungja­wab dan tugas harian.

Pada pertanding­an itu, Hospital Kota Marudu dinobatkan johan bagi Kategori Inovasi Perkhidmat­an, manakala Hospital Wanita dan KanakKanak Sabah johan Kategori Inovasi Teknologi.

Bagi Kategori Inovasi Proses, johan disandang Bahagian Farmasi JKNS manakala Jabatan Orthopedik HQE dinobatkan johan bagi Kategori Inovasi Produk dengan menghasilk­an inovasi bagi mengatasi masalah komplikasi kecederaan tulang.

Pemenang setiap kategori turut menerima hadiah berbentuk sijil serta wang tunai sebanyak RM1,000.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Kesihatan Negeri Dr William Gotulis, Timbalan Pengarah Bahagian Pergigian selaku Pengerusi Penganjur Dr Lawrence Mah serta para pengarah hospital seluruh Sabah.

 ??  ?? CHRISTINA merakamkan foto bersama warga JKNS melibatkan peserta dari hospital seluruh Sabah.
CHRISTINA merakamkan foto bersama warga JKNS melibatkan peserta dari hospital seluruh Sabah.
 ??  ?? CHRISTINA melawat tapak pameran dan menerima penjelasan daripada ketua pasukan yang menyertai pertanding­an inovasi peringkat JKNS.
CHRISTINA melawat tapak pameran dan menerima penjelasan daripada ketua pasukan yang menyertai pertanding­an inovasi peringkat JKNS.
 ??  ?? CHRISTINA menyampaik­an hadiah kepada Jabatan Orthopedik HQE. Turut kelihatan, Pengarah HQE Dr Heric (empat dari kanan).
CHRISTINA menyampaik­an hadiah kepada Jabatan Orthopedik HQE. Turut kelihatan, Pengarah HQE Dr Heric (empat dari kanan).
 ??  ?? CHRISTINA menyampaik­an hadiah kepada johan Kategori Inovasi Proses dari Bahagian Farmasi JKNS.
CHRISTINA menyampaik­an hadiah kepada johan Kategori Inovasi Proses dari Bahagian Farmasi JKNS.
 ??  ?? PENGHASILA­N inovasi MAD. SHUKV peralatan perawatan kecederaan tulang hasil ciptaan pasukan Jabatan Orthopedik HQE.
PENGHASILA­N inovasi MAD. SHUKV peralatan perawatan kecederaan tulang hasil ciptaan pasukan Jabatan Orthopedik HQE.
 ??  ?? PASUKAN Jabatan Orthopedik HQE johan Kategori Inovasi Produk dengan penghasila­n inovasi MAD. SHUKV peralatan perawatan kecederaan tulang.
PASUKAN Jabatan Orthopedik HQE johan Kategori Inovasi Produk dengan penghasila­n inovasi MAD. SHUKV peralatan perawatan kecederaan tulang.
 ??  ?? CHRISTINA melawat tapak pameran dan menerima penjelasan daripada ketua pasukan yang menyertai pertanding­an itu.
CHRISTINA melawat tapak pameran dan menerima penjelasan daripada ketua pasukan yang menyertai pertanding­an itu.
 ??  ?? CHRISTINA mendengar penjelasan daripada ketua pasukan mewakili Hospital Tenom.
CHRISTINA mendengar penjelasan daripada ketua pasukan mewakili Hospital Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia